Pelabur asing tertumpu kepada pasaran Vietnam

Pelabur asing tertumpu kepada pasaran Vietnam

HANOI, 18 Feb (Bernama) – Beberapa perniagaan asing berminat untuk memindah pelaburan mereka ke Vietnam tatkala mereka melihat peluang besar dalam Perkongsian Rentas-Pasifik (TPP) dan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTAs) di negara, lapor Agensi Berita Vietnam (VNA).

Do Thang Hai, Timbalan Menteri Perindustrian dan Perdagangan, berkata eksport daripada firma pelaburan asing (FDI) adalah salah satu prospek cerah dalam ekonomi pada tahun lalu. Peratus eksport di kawasan tersebut telah menunjukkan trend meningkat dalam kadar pusing ganti eksport Vietnam sejak beberapa tahun lalu.

Pada 2010, eksport daripada perusahaan FDI berjumlah AS$34 bilion, menyumbang kepada 47 peratus daripada jumlah keseluruhan. Eksport mereka adalah AS$47.9 bilion atau 49 peratus pada 2011, AS$64 bilion atau 56 peratus pada 2012, AS$81 bilion atau 61 peratus pada 2013, dan AS$94 bilion atau 63 peratus pada 2014.

Pada tahun lalu, eksport kawasan tersebut meningkat sebanyak 18 peratus dari 2014 kepada AS$110.50 bilion dan menyumbang kepada 68 peratus daripada jumlah kadar pusing ganti eksport keseluruhan negara. Beliau berkata firma FDI telah memain peranan penting dalam ekonomi dan kadar pusing ganti eksport.

Mereka telah mengambil kesempatan ke atas kos pekerja murah untuk mempromosi eksport mereka ke pasaran besar. Faktor itu akan menjadi lebih baik setelah pemeteraian TPP dan FTAs.

Timbalan menteri berkata ia mungkin merupakan satu peluang kepada Vietnam untuk memajukan satu industry sokongan yang memerlukan pelaburan besar dan teknologi tinggi sementara mengurangkan import serta menambah nilai tambahan untuk produk yang dihasilkan di dalam negara.

Dalam proses persepaduan, perniagaan Vietnam berpeluang menggunakan pelaburan antarabangsa untuk mengembang pengeluaran mereka.

Proses itu juga menawarkan mereka kemudahan menggunakan teknolog moden dan kemahiran pengurusan dari negara maju.

Sektor pakaian dan tekstil, dan kasut kulit dijangka menarik pelabur selepas FTAs. Bagaimanapun, beliau berkata Vietnam harus mempunyai dasar yang wajar untuk menjadikan pelaburan asing dalam negara lebih efektif, sekaligus menyumbang kepada ekonomi negara.

ARTIKEL YANG SAMA