Pelabur lebih optimistik

Pelabur lebih optimistik

SHANGHAI, 10 Ogos – Setahun lalu pada Khamis pihak berkuasa China mengejutkan pasaran global menurunkan nilai mata wang yuan mereka,sekali gus menimbulkan kebimbangan ekonomi kedua terbesar dunia adalah lebih teruk daripada difikirkan – namun pelabur kini adalah lebih optimistik mengenai ‘mata wang’ yang lebih lemah.

Unit yang biasanya stabil itu merosot sebanyak lima peratus dalam tempoh seminggu pada Ogos lalu dan telah merosot sejak itu. Ia ditutup pada 6.6619 berbanding dolar AS semalam, tidak jauh daripada tahap paling lemahnya selama hampir enam tahun dan mencecah kadar di mana pihak berkuasa mengekalnya pada kadar yang kukuh di antara 2008 dan 2010, dalam usaha untuk mengelak kekacauan krisis kewangan global.

Namun tidak seperti dasar kerajaan sebelum ini, pasaran kewangan melihat asas ekonomi sebagai mendorong kemerosotan dalam yuan baru-baru ini, juga dikenali sebagai renminbi (RMB).

Satu kenaikan dalam kadar faedah AS, pengundian Britain untuk keluar daripada Kesatuan Eropah dan rampasan kuasa yang gagal di Turki semuanya telah mencetuskan kemerosotan dolar.

Gambar yang memaparkan 100 yuan bersamaan dengan (15 USD) di Beijing. Setahun yang lalu pada 11 Ogos 2015 pihak berkuasa China mengejutkan pasaran global dengan kejatuhan nilai mata wang yuan mereka, menimbulkan kebimbangan ekonomi kedua terbesar di dunia itu adalah lebih teruk. - AFP
Gambar yang memaparkan 100 yuan bersamaan dengan (15 USD) di Beijing. Setahun yang lalu pada 11 Ogos 2015 pihak berkuasa China mengejutkan pasaran global dengan kejatuhan nilai mata wang yuan mereka, menimbulkan kebimbangan ekonomi kedua terbesar di dunia itu adalah lebih teruk. – AFP

Walaupun begitu peniaga dan rakan perniagaan China masih mahu Beijing melaksana lebih banyak pembaharuan dalam rejim mata wang.

“Setahun berikutnya, pelabur nampaknya lebih relaks mengenai pergerakan dalam renmimbi tetapi kami mengesyaki mereka masih berhati-hati untuk mempercayai penggubal dasar China untuk menunaikan janji mereka,” kata Capital Economics dalam laporan penyelidikan.

Beijing mengawal ketat mata wangnya sebagai sebahagian daripada mekanisme kawalan pihak berkuasa Komunis, serta kebimbangan aliran masuk dan aliran keluar modal secara mendadak mungkin menjejas ekonomi. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA