Pelaburan China tidak berbaloi

Pelaburan China tidak berbaloi

BEIJING, 23 Mac (AFP) – Kuasa perbelanjaan China mengejutkan dunia bola sepak tetapi pasukan kebangsaan menghadapi keadaan yang memeningkan dalam kembara kelayakan Piala Dunia, esok.

Kelab-kelab dari China berbelanja sakan 331 juta euro (AS$371 juta) membeli pemain dalam jendela perpindahan Januari sehingga Februari, dan Presiden Xi Jinping mengetuai tekanan untuk menukar negara China menjadi kuasa bola sepak.

Tetapi Team Dragon terpaksa menunggu sehingga Qatar 2022 untuk mara ke Piala Dunia kedua selepas gagal mara ke edisi seterusnya di Rusia pada 2018.

Sementara Jepun, Australia, Iran, Arab Saudi dan juga Thailand dilihat akan menyertai pasukan yang sudah layak seperti Korea Selatan dan Qatar pada pusingan seterusnya, dengan harapan pasukan ranking ke-96, China masih tergantung.

China yang menjadi tuan rumah kepada Maldives, esok dan Qatar yang belum pernah kalah, Selasa depan, hanya memerlukan kemenangan dua perlawanan berkenaan untuk mengatasi Hong Kong bagi menduduki tangga kedua dalam Kumpulan C.

Namun begitu, China mempunyai lima negara didepan mereka untuk mara sebagai salah satu pasukan dari empat pasukan tangga kedua terbaik, di samping lapan pemenang kumpulan.

Dua perlawanan untuk Piala Asia seterusnya, bermakna China dilihat mara menerusi pusingan perlawanan berasingan untuk mara ke perlawanan 2019 di UAE.

“Sejujurnya, dari pandangan China, pasukan Maldives tidak mewakili ancaman,” pemain penyerang Yang Xu memberitahu badan penyiaran China, CCTV sebelum perlawanan di Wuhan. “Kami perlu yakin. Dan kami seharusnya melengkapkan perlawanan lebih awal.”

Jurulatih sementara, Gao Hongbo mengetuai pasukan selepas Alain Perrin dari Perancis dipecat berikutan keputusan seri 0-0 pada November menentang Hong Kong yang menyaksikan China berada dalam penyingkiran.