Pelacuran: 2 lelaki tempatan bebas dakwaan

Pelacuran: 2 lelaki tempatan bebas dakwaan

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Ogos – Mahkamah Majistret di sini, hari ini, membebaskan dua lelaki tempatan atas pertuduhan bersubahat dan mengupah beberapa wanita untuk tujuan pelacuran.

Majistret Kanan Lailatuh Zubaidah binti Hussain memerintahkan dakwaan ke atas Lim Sai Ming, 48, dan Pock Teng Seng, 36, digugurkan namun tidak melepaskan mereka daripada pertuduhan.

Peguam Bela Rozaiman Rahman yang mewakili tertuduh dalam hujahannya memberitahu mahkamah bahawa pertuduhan terhadap anak guamnya tidak boleh diguna pakai kerana tidak mempunyai sebarang maklumat lanjut mengenai kes tersebut.

pg06_150811_mahkamah logo2

Kedua-dua tertuduh didakwa menggunakan wanita-wanita berkenaan untuk dijadikan pelacur antara Jun dan Julai 2015.

Mahkamah bagaimanapun membenarkan kes itu diteruskan pada masa akan datang sekiranya pihak pendakwaan dapat mengemukakan bahan bukti.

ARTIKEL YANG SAMA