Pelagak ngeri & rakan maut di Yosemite

Pelagak ngeri & rakan maut di Yosemite

LOS ANGELES, 18 Mei – Seorang atlet terkemuka dunia maut bersama seorang lagi lelaki semasa melakukan lagak ngeri di Taman Negara Yosemite, California, menurut media Amerika Syarikat (AS) semalam.

Penghormatan terakhir dilakukan dari seluruh dunia buat Dean Potter, 43, berikutan kematiannya pada Sabtu.

Dia dan rakannya pelompat BASE, Graham Hunt, 29, terbunuh semasa melakukan lompatan di Taft Point, menurut ABC News, memetik jurucakap Taman Negara Yosemite, Scott Gediman.

Laporan diumumkan kepada pegawai taman pada Sabtu mengenai kemalangan dan sebuah helikopter mengesan dua mayat semalam.

Apabila Renjer menemui mereka sekitar tengah hari, mereka dikenal pasti sebagai Potter dan Hunt, kata Gediman.

Media lain mengatakan kedua-duanya mencuba untuk melakukan terbang sut bersayap dari Taft Point namun terhempas ke batu bonjol apabila mereka cuba untuk terbang menerusi celah sempit di pergunungan itu. – AFP