Pelajar AS mengaku curi slogan politik

Pelajar AS mengaku curi slogan politik

SEOUL, 29 Feb (Reuters) – Seorang pelajar Amerika yang ditahan di Korea Utara sejak awal Januari diberkas kerana cuba mencuri slogan propaganda daripada hotelnya di Pyongyang dan telah mengaku melaku ‘jenayah teruk’ terhadap negaranya, kata media rasmi Utara hari ini.

Korea Utara mempunyai sejarah lama menahan warga asing, dan pernah menahan rakyat AS sebelum ini untuk mendapatkan lawatan profil tinggi daripada Amerika Syarikat, di mana ia tidak mempunyai hubungan diplomatik formal.

Otto Warmbier, 21, pelajar di Universiti Virginia, ditahan sebelum menaiki kapal terbang ke China disebabkan satu kejadian tidak ditentukan di hotelnya, beritahu agensi pelancongannya kepada Reuters pada Januari.

“Saya melaku kesalahan mengeluarkan satu slogan politik daripada kawasan yang dikhaskan untuk kakitangan di Hotel Antarabangsa Yanggakdo,” agensi berita Utara KCNA memetik Warmbier sebagai memberitahu media asing dan domestik di Pyongyang, ibu negara Korea Utara.

Warmbier berkata seorang kenalan daripada sebuah gereja telah menawarkannya sebuah kereta bernilai AS$10,000 jika beliau dapat memberikan slogan kepada gereja sebagai satu ‘trofi’ dari Korea Utara, menurut agensi. Kenalan itu juga berkata gereja akan membayar ibunya AS$200,000 sekiranya beliau ditahan oleh Utara dan tidak pulang, KCNA memetik Warmbier sebagai berkata.

ARTIKEL YANG SAMA