Pelajar bantah pendidikan di Taiwan

Pelajar bantah pendidikan di Taiwan

TAIPEI, 22 Julai – Sekitar 200 pelajar membantah di luar kementerian pendidikan Taiwan hari ini, ke atas apa yang mereka katakan perubahan ‘sentrik-China’ kepada kurikulum sekolah.

Kebimbangan meningkat di Taiwan berhubung pengaruh Beijing telah mencetuskan pendudukan di parlimen selama tiga minggu tahun lepas oleh pembantah yang diketuai pelajar yang menentang pakatan dagangan dengan China.

Beberapa kumpulan yang mengambil bahagian dalam pendudukan itu disertai pembantah di kementerian di bandar Taipei, mengumpulkan buku teks sekolah di pagar utama dan menjerit bantahan ke atas ‘pendidikan pembasuhan otak.’

Para pelajar mengatakan perubahan kepada kurikulum sekolah tinggi, dijangka akan diperkenalkan pada September, melemahkan kedaulatan pulau itu dan telah diperkenalkan tanpa konsultasi yang betul.

“Kami dengan teguh menentang penggunaan kurikulum baru yang bertujuan untuk mengindoktrinasikan para pelajar dengan pemikiran ‘greater China’. Ini sepenuhnya tidak dapat diterima,” ketua pelajar Chu Chen, 18, memberitahu AFP.

Buku teks dilihat berlonggokan ketika pelajar sekolah tinggi Taiwan membantah buku teks sejarah di hadapan kementerian pendidikan di Taipei. – AFP
Buku teks dilihat berlonggokan ketika pelajar sekolah tinggi Taiwan membantah buku teks sejarah di hadapan kementerian pendidikan di Taipei. – AFP

Taiwan berpisah dari China pada 1949 selepas perang saudara dan memerintah sendiri, namun Beijing masih lagi melihat pulau itu sebahagian daripada wilayahnya menunggu penyatuan semula – dengan paksaan jika perlu.

Perubahan kurikulum dipertikaikan oleh para pembantah termasuk satu rujukan kepada Taiwan ‘didapatkan kembali oleh China’ daripada sebaliknya ‘diberikan kepada China’ selepas berakhirnya pendudukan Jepun pada 1945.

Tempoh pemerintahan Jepun selama 50 tahun juga dirujuk kepada era apabila pulau itu ‘diduduki Jepun’, menggantikan frasa sebelumnya ‘diperintah Jepun’.

“Ia berat sebelah ke arah ideologi China. Kami ingin kurikulum kami untuk lebih neutral, pelbagai dan objektif,” kata pembantah, Gina Wang, 17.

Pelajar universiti Wu Chang-an, 21, menambah: “Bagi saya, Taiwan adalah Taiwan. Rasanya seperti mereka cuba untuk menyokong ideologi penyatuan secara diam-diam ke dalam pendidikan kami.” – AFP

ARTIKEL YANG SAMA