Pelajar baru diseru amalkan nilai murni

Pelajar baru diseru amalkan nilai murni

Oleh Sim Y. H. dan Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 Julai – Politeknik Brunei akan terus menghasilkan tenaga kerja muda yang berkemahiran tinggi bagi menampung keperluan tenaga pekerja mahir dalam industri-industri berkenaan di Negara Brunei Darussalam.

Usaha itu adalah bertepatan dengan visi Politeknik Brunei untuk menjadi sebuah politeknik terkenal yang mengeluarkan graduan-graduan yang berinovatif, berkemahiran dan yang boleh dipasarkan (marketable).

Oleh itu, kursus-kursus yang dikendalikan di Politeknik Brunei adalah mengikut keperluan industri bagi tujuan pembangunan dan perkembangan sosial serta ekonomi negara, jelas Pemangku Pengarah Politeknik Brunei, Denis Ho Mun Tai ketika berucap pada Perasmian Minggu Orientasi Politeknik Brunei Pengambilan ke-6 yang berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa Berakas, hari ini.

Beliau menerangkan bahawa dalam usaha Politeknik Brunei untuk menjalankan kursus-kursusnya dengan jumlah pelajar yang semakin bertambah, setentunya akan menghadapi pelbagai cabaran dari segi keperluan infrastruktur, akademik dan operasi.

“Justeru itu, sifat sabar, kerjasama dan sokongan di antara semua yang terlibat terutama sekali di antara semua warga Politeknik Brunei termasuk para pelajar, adalah mustahak bagi sama-sama mengatasi cabaran-cabaran tersebut dan menjayakan pelaksanaan kursus-kursus itu nanti.”

Denis Ho dalam majlis itu menyatakan harapannya bagi semua pelajar baru untuk menggunakan kesempatan semasa minggu orientasi untuk mendekati dan menghayati sistem pembelajaran dan pengajaran ‘Blended Teaching & Learning’ serta sistem pentadbiran dan pengurusan yang sedia ada di Politeknik Brunei.

Denis Ho ketika berucap di majlis berkenaan.
Denis Ho ketika berucap di majlis berkenaan.

p08-2_20160713 p08-3_20160713

Para pelajar aPoliteknik Brunei melafazkan Ikrar Pelajar di majlis berkenaan.
Para pelajar aPoliteknik Brunei melafazkan Ikrar Pelajar di majlis berkenaan.

p08-5_20160713 p08-6_20160713 p08-7_20160713 p08-8_20160713

Di antara pelajar-pelajar baru Politeknik Brunei yang memulakan minggu orientasi mereka.
Di antara pelajar-pelajar baru Politeknik Brunei yang memulakan minggu orientasi mereka.
Dayang Nuraida Irsalena menyatakan pilihannya untuk mengikuti kursus di Politeknik Brunei kepada Media Permata.
Dayang Nuraida Irsalena menyatakan pilihannya untuk mengikuti kursus di Politeknik Brunei kepada Media Permata.
Awang Mohd Noorur Rahman berkata Politeknik Brunei mampu untuk meningkatkan kemahirannya dalam bidang pilihannya.
Awang Mohd Noorur Rahman berkata Politeknik Brunei mampu untuk meningkatkan kemahirannya dalam bidang pilihannya.

Pada masa yang sama, beliau juga menyeru kepada semua pelajar baru untuk mengambil perhatian mengenai nilai-nilai Politeknik Brunei daripada perspektif pelajar-pelajar iaitu integriti, kepimpinan, hormat-menghormati, inovasi, kolaborasi dan kecemerlangan.

Di samping itu, Denis Ho turut menyeru dan memberi nasihat kepada semua pelajar baru terutama sekali bagi pelajar yang mengikuti kursus di peringkat 5 supaya dapat mematuhi keperluan dan kepentingan kedatangan di sepanjang pengajian di Politeknik Brunei kerana kedatangan yang kurang daripada 85 peratus akan mengakibatkan seseorang pelajar gagal sesuatu modul pada akhir semester atau menjejaskan peluang pelajar berkenaan untuk memperoleh sijil Diploma pada akhir tahun ketiga.

“Pada masa yang sama juga, saya ingin menyeru kepada semua pelajar agar dapat belajar dengan bersungguh-sungguh dan serius kerana dasar pensijilan hanya membenarkan satu peluang sahaja untuk mengulangi atau ‘repeat’ satu modul yang sama sekali sahaja di sepanjang kursus.”

Beliau berkata lagi, keputusan tahun pertama bagi pelajar pengambilan Julai 2015 tahun lepas telah menunjukkan bahawa beberapa orang pelajar telah diberhentikan daripada kursus mereka atas pelaksanaan dasar pensijilan tersebut.

Dalam kesempatan itu, pihak Media Permata berkesempatan menemu bual salah seorang pelajar baru berkenaan, Awang Mohd Noorur Rahman bin Abuzar, 19, yang melahirkan perasaan amat gembira apabila diterima masuk ke Politeknik Brunei.

“Di sini saya dapat mempelajari bidang yang saya minati selama ini iaitu kejuruteraan. Saya juga berharap akan dapat mendalami apa jua bidang akademik atau teknikal sepanjang berada di Politeknik Brunei,” ujarnya.

Katanya lagi, menerima segulung diploma ataupun ijazah merupakan impiannya, di mana beliau ingin berjaya selain mempunyai kemahiran dan keyakinan diri dalam pasaran pekerjaan yang semakin kompetitif dan mencabar masa kini.

Seorang lagi pelajar baru yang ditemui, Dayang Nuraida Irsalena binti Awang Sabli, 18, pula memberitahu bahawa beliau berminat memasuki Politeknik Brunei kerana ia sahaja yang menawarkan Digital Media bagi pelajar O Level.

Beliau yang merupakan bekas pelajar sekolah menengah di Qatar, juga menyatakan perasaan amat gembira kerana berjaya terpilih memasuki PB, dan dapat mendalami lagi minat beliau di bidang berkenaan.

ARTIKEL YANG SAMA