Pelajar baru jalani Program Orientasi

Pelajar baru jalani Program Orientasi

Oleh Imelda Groves HA

Gambar oleh Rafidah Jumat

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 Jan – Pelajar Tahun 7 yang baru mendaftar di Sekolah Menengah Sayyidina Hussain, Mukim Sengkurong menjalani Program Orientasi 2016 bermula kelmarin dan akan berlangsung selama tiga hari.

Program Orientasi itu dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Pengetua Sekolah, Dayang Zarina binti Haji Kadir serta taklimat mengenai pendidikan akademik sekolah dan sebagainya.

Ia juga dihadiri oleh ibu bapa dan penjaga para pelajar baru itu dan mereka turut melawat sekolah itu bersama guru tingkatan masing-masing.

pg04_160108_f

Antara ibu bapa dan penjaga yang menghadiri Program Orientasi tersebut.
Antara ibu bapa dan penjaga yang menghadiri Program Orientasi tersebut.

Pada program hari ini, para pelajar mendengarkan taklimat daripada Pengerusi Hal Ehwal Pelajar, Hajah Hasnah binti Haji Tengah dan Pegawai Kesejahteraan, Awang Nazre bin Kamal diikuti dengan program kaunseling dan taklimat CCA.

Manakala pada hari terakhir Sabtu ini, pelajar akan melakukan aktiviti kerjaya yang diselia oleh Awang Abdul Aziz dan Hajah Esnadia.

Para pelajar kemudiannya akan masuk ke kelas masing-masing bersama guru tingkatan untuk pengagihan jadual waktu dan pembahagian buku-buku teks.

Sebanyak 9 buah kelas bagi Tahun 7 disediakan bagi tahun 2016 yang dinamakan dengan Tahun 7 Juara, 7 Efisien, 7 Rajin, 7 Unik, 7 Dedikasi, 7 Optimistik, 7 Nuur, 7 Gemilang dan 7 Motivasi.

ARTIKEL YANG SAMA