Pelajar baru MIC sertai taklimat

Pelajar baru MIC sertai taklimat

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Okt – Kolej Antarabangsa Micronet (MIC) telah mengalu-alukan pelajar baru pengambilan September 2015, dengan program orientasi selama tiga hari, yang termasuk satu siri taklimat yang diadakan di The Core Universiti Brunei Darussalam, kelmarin.

Taklimat berkenaan disokong oleh pelbagai agensi kerajaan termasuk Majlis Pendidikan Teknikal dan Vokasional Brunei Darussalam (BDTVEC), Majlis Akreditasi Kebangsaan Brunei Darussalam (BDNAC), Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi (JPKE) dan Jabatan Sekolah-Sekolah, Kementerian Pendidikan.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, tujuan utama taklimat berkenaan adalah untuk memastikan keupayaan para pelajar dalam memberikan komitmen sepenuhnya ke atas pembelajaran mereka dalam semua aspek meskipun berdepan pelbagai cabaran yang mungkin mereka hadapi.

Selain itu, ia juga membolehkan para pelajar untuk memahami keperluan menamatkan pengajian yang memenuhi permintaan pasaran pada masa ini, di samping berfungsi sebagai peringatan kepada para pelajar supaya sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang program yang ditawarkan di kolej.

Salah seorang penceramah ketika menyampaikan taklimat kepada para pelajar baru MIC pengambilan September 2015.
Salah seorang penceramah ketika menyampaikan taklimat kepada para pelajar baru MIC pengambilan September 2015.