Pelajar baru UTB sertai Minggu Orientasi

Pelajar baru UTB sertai Minggu Orientasi

OIeh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Julai – Universiti Teknologi Brunei (UTB), hari ini, mengalu-alukan seramai 337 orang pelajar baru dalam Minggu Orientasi Sesi Tahun 2016/2017 yang berlangsung di Kampus UTB, Tungku Link.

Dekan Hal Ehwal Pelajar UTB, Haji Joffry bin Haji Bungso ketika ditemu bual berkata, sesi orientasi bagi sesi pelajar-pelajar baru 2016/2017 bermula dengan sesi pendaftaran pelajar baru termasuk pelajar sarjana muda dan sarjana falsafah kedokteran.

Sepanjang sesi orientasi ini, katanya, para pelajar baru berkenaan juga akan menyaksikan pameran-pameran aktiviti ko-kurikulum sepanjang sesi pembelajaran pelajar UTB sebelum ini.

Di samping itu, mereka juga akan mendengarkan ceramah atau sesi motivasi, termasuk taklimat MIB, kerohanian dan sebagainya.

Pelajar baru ketika membuka akaun insuran bersama salah sebuah bank tempatan.
Pelajar baru ketika membuka akaun insuran bersama salah sebuah bank tempatan.
Haji Joffry ketika ditemu bual.
Haji Joffry ketika ditemu bual.

Sesi pemberitahuan atau penerangan mengenai akademik pula akan disampaikan kepada para pelajar baru mengenai dengan kursus-kursus yang mereka ambil.

Sehubungan itu, Haji Joffry berharap para pelajar baru akan dapat mengikuti sepenuhnya acara minggu orientasi ini agar mereka dapat mengetahui hal-hal atau lokasi-lokasi penting atau perkembangan akademik, serta banyak lagi seperti disiplin dan sebagainya.

Beliau juga menyuarakan harapan agar para pelajar terus komited dan dapat mengembangkan kemahiran mereka yang lain seperti kepimpinan, kerohanian dan sebagainya.

Setakat ini, UTB menawarkan sebanyak 20 jenis kursus seperti ijazah sarjana muda, lima sarjana pengajaran, sarjana penyelidikan dan program PhD.

ARTIKEL YANG SAMA