Pelajar berkeperluan khas kunjungi Funland

Pelajar berkeperluan khas kunjungi Funland

TUTONG, 9 Okt – Bagi memberikan pendedahan kepada situasi pembelajaran berbeza di luar persekitaran sekolah, seramai 20 orang pelajar berkeperluan khas mengunjungi pusat permainan dalam dewan, Funland di Hua Ho Petani Mall, Tutong, baru-baru ini.

Lawatan yang diadakan Model Sekolah Inklusif, Sekolah Rendah Keriam, Tutong, Kluster 5 bermula jam 10 pagi hingga jam 11:30 pagi itu bertujuan meningkatkan kemahiran sosial dan keyakinan diri dalam kalangan pelajar. Kedatangan rombongan disambut oleh pengurus Funland yang sudi memberikan tiket percuma kepada para pelajar berkeperluan khas. Turut hadir ialah tiga orang guru SENA, empat orang guru sandaran dan ibu bapa para pelajar.

Gambar ramai pelajar dan guru serta ibu bapa mereka semasa bergembira di Funland.
Gambar ramai pelajar dan guru serta ibu bapa mereka semasa bergembira di Funland.

ARTIKEL YANG SAMA