Pelajar berpeluang saksi tarian kebudayaan China

Pelajar berpeluang saksi tarian kebudayaan China

Oleh Salawati Haji Yahya

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Ogos – Sekolah Menengah Sayyidina Abu Bakar, Lambak Kanan berpeluang menyaksikan persembahan kebudayaan China yang dipersembahkan oleh rombongan penari dari negara berkenaan yang menghadiri Festival Kesenian ASEAN sempena Mesyuarat Menteri-menteri ASEAN yang Bertanggungjawab bagi Kebudayaan dan Kesenian (AMCA) ke-7.

Dalam lawatan ke sekolah itu, kelmarin, rombongan mempersembahkan tarian kebudayaan China kepada pelajar sekolah berkenaan dan turut hadir menyaksikan persembahan itu ialah Pengetua Sekolah, Sia Ai Chin.

Di samping mempersembahkan tarian dengan gerak tari memukau dan pakaian berwarna-warni, rombongan juga mengambil peluang berinteraksi dengan pelajar sekolah mengenai kebudayaan negara mereka.

Rombongan yang terdiri dari lapan orang penari negara itu tiba di negara ini pada 23 Ogos yang lepas.

Antara tarian kebudayaan China yang memukau pelajar sekolah berkenaan.
Antara tarian kebudayaan China yang memukau pelajar sekolah berkenaan.

ARTIKEL YANG SAMA