Pelajar Brunei di Australia Barat sertai seminar hak asasi

Pelajar Brunei di Australia Barat sertai seminar hak asasi

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 Okt – Lima ahli jawatankuasa Persatuan Pelajar-pelajar Brunei di Australia Barat (BSWA) telah menyertai Seminar ASEAN 2016 yang dianjurkan bersama oleh Kor Konsul ASEAN dan Majlis Pelajar-pelajar Malaysia di Australia, Cawangan Australia Barat (MASCA WA) dan turut dilantik sebagai ahli jawatankuasa penganjur.

Seminar berlangsung di Malaysia Hall, Northbridge, Perth, kelmarin.

BSWA dalam satu kenyataan di sini berkata, seminar sehari itu yang bertajuk Suruhanjaya Antara Kerajaan ASEAN mengenai Hak Asasi Manusia: Prospek dan Cabaran, turut dihadiri oleh Konsul Besar Malaysia di Perth, Nazarudin Ja’afar; Konsul Besar Republik Indonesia di Perth, Ade Padmo Sarwono; Konsul Besar Republik Sosialis Vietnam di Perth, Phong The Long, serta pelajar-pelajar yang kebanyakkannya dari negara-negara ASEAN seperti Brunei Darussalam, Kemboja, Indonesia, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam.

Pelajar-pelajar Brunei yang menyertai seminar tersebut.
Pelajar-pelajar Brunei yang menyertai seminar tersebut.
Awang Muhamad Zulfadli menjadi ahli panel semasa Seminar ASEAN 2016, kelmarin.
Awang Muhamad Zulfadli menjadi ahli panel semasa Seminar ASEAN 2016, kelmarin.

Acara dimulakan dengan ucapan Pengerusi MASCA WA, Dayang Fatimah Amira Syaf binti Zulkifli, diikuti oleh ucapan Nazarudin Ja’afar dan Ade Padmo Sarwono.

Pelajar-pelajar Brunei yang menyertai seminar itu Awang Muhamad Zulfadli bin Mahadi, yang turut menjadi salah seorang ahli panel; Dayang Amal Nadiah binti Haji Abdul Rahman; Dayang Amal Nabilah binti Ahmad; Dayang Cassandra Chong Wei Shan dan Awang Khairul Bazli bin Haji Masir.

ARTIKEL YANG SAMA