Pelajar Brunei di Perth semarakkan malam Nisfu Syaaban

Pelajar Brunei di Perth semarakkan malam Nisfu Syaaban

BANDAR SERI BEGAWAN, 2 Jun – Malam Nisfu Syaaban yang disambut setiap 15 Syaaban merupakan salah satu malam yang penuh berkat dan rahmat serta doa juga dipercayai mustajab selepas malam Lailatulqadar, di bulan Ramadan.

Turut sama menyambut kedatangan Nisfu Syaaban adalah para pelajar Brunei di Perth bersama beberapa tetamu antarabangsa yang lain pada petang semalam dengan mengadakan solat hajat dan acara-acara lain yang diadakan di Universiti Curtin.

Majlis dimulai dengan solat Maghrib, kemudian diikuti dengan bacaan surah Yasin dan Tahlil serta solat Isyak yang diketuai oleh LCPL Awang Murad Afifi bin Haji Momin.

Sebilangan pelajar Brunei di Perth yang turut sama menyambut kedatangan malam Nisfu Syaaban.
Sebilangan pelajar Brunei di Perth yang turut sama menyambut kedatangan malam Nisfu Syaaban.

ARTIKEL YANG SAMA