Pelajar Brunei selamat

Pelajar Brunei selamat

BANDAR SERI BEGAWAN, 14 Feb – Semua pelajar Brunei Darussalam yang berada di Christchurch, New Zealand (NZ) selamat berikutan gempa bumi 5.7 magnitud dan gegaran susulan melanda bandar raya berkenan, menurut kenyataan rasmi Suruhanjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam ke New Zealand, hari ini.

Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan melalui suruhanjaya tinggi di NZ akan terus berhubung dengan pelajar-pelajar yang berdaftar di NZ dan bekerjasama rapat dengan Suruhanjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam ke Australia untuk memantau keadaan di sana.

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai situasi di sana bolehlah berhubung terus ke talian kementerian berkenaan: +673 871 6001.

ARTIKEL YANG SAMA