Pelajar cemerlang diraikan

Pelajar cemerlang diraikan

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 Sept – Pelajar-pelajar cemerlang dalam bidang akademik dan sukan, Sekolah Sukan, diraikan dalam Majlis Ramah Mesra Ibu Bapa Bersama Warga Sekolah dan Penyampaian Hadiah Cemerlang Akademik & Sukan 2014 yang berlangsung di Atrium sekolah berkenaan, hari ini.

Hadir untuk menyempurnakan penyampaian hadiah kepada para penerima ialah Pengarah Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Pengiran Suhaimi bin Pengiran Haji Bakar.

Majlis diserikan dengan persembahan-persembahan oleh para pelajar sekolah berkenaan sebelum penyampaian hadiah kepada pelajar-pelajar cemerlang dalam bidang akademik dan sukan.

Pengiran Suhaimi menyampaikan hadiah kepada salah seorang pelajar diraikan.
Pengiran Suhaimi menyampaikan hadiah kepada salah seorang pelajar diraikan.
Persembahan para pelajar yang menyerikan lagi majlis.
Persembahan para pelajar yang menyerikan lagi majlis.

Di majlis berkenaan seramai 33 orang pelajar menerima hadiah cemerlang akademik manakala lapan pelajar pula menerima hadiah anugerah atlet terbaik dalam sukan masing-masing iaitu olahraga, silat, takraw, badminton dan bola sepak.

Terdahulu, ibu bapa pelajar berpeluang untuk mengetahui perkembangan anak-anak mereka melalui sesi perjumpaan ibu bapa dan guru sekolah.

ARTIKEL YANG SAMA