Pelajar Chile, polis bertempur berhubung reformasi pendidikan

Pelajar Chile, polis bertempur berhubung reformasi pendidikan

SANTIAGO, 29 Mei (AFP) – Polis Chile menembakkan gas pemedih mata dan menggunakan meriam air untuk menyuraikan para pelajar yang membantah dengan melontarkan batu semalam, menentang ke atas apa yang mereka gelar reformasi pendidikan yang tidak mencukupi dan tindakan keras semasa bantahan baru-baru ini.

Beribu-ribu para pelajar membantah di jalanan Santiago untuk mengutuk reformasi Presiden Michelle Bachelet, mendakwa ia tidak menekankan pembaharuan dalam sistem pendidikan yang tidak sama rata yang diwarisi daripada pemerintahan diktator terdahulu Augusto Pinochet 1973-1990.

Bantahan itu bermula pada awal pagi ketika para pelajar mengheret berlonggok-longgok sampah ke jalan dan membakarnya, mengakibatkan lalu lintas tersekat.

Penunjuk perasaan kemudian berkumpul di luar kementerian pendidikan dan rangkaian televisyen negara.

Polis rusuhan menggunakan meriam air untuk menyuraikan para pelajar yang membantah ke atas reformasi pendidikan di Santiago. – AFP
Polis rusuhan menggunakan meriam air untuk menyuraikan para pelajar yang membantah ke atas reformasi pendidikan di Santiago. – AFP

Selepas disuraikan oleh polis, beribu-ribu pembantah membantah di jalan malam semalam. Pembantah juga berkumpul di sekitar bangunan kerajaan tempat mereka mendirikan halangan dan cuba untuk merampas kedai-kedai, menurut polis.

Polis melaporkan empat pegawai telah cedera dalam bantahan itu.

“Kami masih lagi jauh untuk mencapai impian kami. Reformasi ini belum mencukupi,” seorang ketua pelajar, Claudia Arevalo memberitahu AFP.

Para pelajar yang telah membantah ke atas sistem pendidikan sejak 2011, juga menuduh polis menggunakan kekerasan untuk menyuraikan bantahan baru-baru ini.

ARTIKEL YANG SAMA