Pelajar China dibunuh di Jerman

Pelajar China dibunuh di Jerman

BERLIN, 17 Mei (dpa) – Seorang wanita ditemui mati di timur negeri Jerman, Saxony Anhalt telah dikenal pasti sebagai seorang pelajar dari China dan terdapat bukti yang mencadangkan bahawa dia telah dirogol sebelum kematiannya, menurut polis dan pendakwa raya.

Wanita berusia 25 tahun itu dilaporkan hilang pada Khamis lepas selepas gagal untuk kembali ke rumah selepas rutin lariannya sehari sebelum.

Mayatnya ditemui oleh pihak polis sehari selepas itu di taman berdekatan namun beberapa kecederaan di bahagian muka membuatkan dia gagal dikenal pasti pada mulanya.