Pelajar Chung Hwa lawat kilang akuakultur

Pelajar Chung Hwa lawat kilang akuakultur

BANDAR SERI BEGAWAN, 14 Ogos – Dalam usaha mengenali lebih dekat lagi industri akuakultur, rombongan pelajar dari Sekolah Menengah Chung Hwa Bandar Seri Begawan dan Kuala Belait baru-baru ini melawat syarikat akuakultur, Golden Corporation Sdn Bhd.

Rombongan terdiri daripada 90 pelajar itu dialu-alukan oleh Pengarah Urusan Golden Corporation, Richard Chuang His Shan dan diberikan taklimat mengenai fungsi syarikat, kemudiannya dibawa meninjau kemudahan yang ada di sana.

Mereka juga dibawa melawat ke kemudahan pemprosesan ikan di Tutong dan diberikan penerangan mengenai pertumbuhan dinamik dalam operasi ternakan udang. Mereka juga diawa ke loji penetasan, penternakan dan pemprosesan pelbagai produk makanan laut.

Gambar ramai rombongan pelajar Sekolah Menengah Chung Hwa Kuala Belait ketika lawatan itu.
Gambar ramai rombongan pelajar Sekolah Menengah Chung Hwa Kuala Belait ketika lawatan itu.

ARTIKEL YANG SAMA