Pelajar didapati positif dadah

Pelajar didapati positif dadah

Oleh Arissa

 

LIMBANG, 7 Julai – Seorang pelajar lelaki tingkatan lima di sebuah sekolah menengah di daerah ini didapati positif dadah jenis Amp selepas ujian saringan awal air kencing dilakukan ke atasnya di Bahagian Siasatan Narkotik, IPD Limbang, kelmarin.

Suspek yang bakal menduduki peperiksaan SPM dibawa ke IPD Limbang jam 10 pagi kelmarin.

Ketua Polis Daerah Limbang, Superintenden Mohd Bukhori Saffai ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu. Beliau berkata suspek akan disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Dalam kes berasingan katanya seorang pelajar tingkatan tiga membuat laporan polis selepas didakwa ditampar seorang lelaki, 52, yang juga bapa kepada rakan sekolahnya pagi kelmarin.

Laporan polis dibuat mangsa jam 2.46 petang hari yang sama. Dalam laporan itu mangsa mendakwa ditampar di pipi kirinya, manakala rakannya yang lain ditampar dan ditumbuk di muka kiri dan seorang lagi rakannya ditumbuk di bahagian tengkuk.

Mohd Bukhori berkata hasil siasatan awal mendapati punca kejadian ada kaitan dengan pergaduhan antara anak suspek dengan mangsa minggu lepas.

Suspek katanya seorang petani dari Jalan Pandaruan sudah dikenal pasti.

“Kes tersebut akan disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan (mendatangkan kecederaan),” katanya lagi.

ARTIKEL YANG SAMA