Pelajar didedah bahaya jenayah

Pelajar didedah bahaya jenayah

Oleh Normazlina M.D

 

TUTONG, 23 Mei – Dalam mendidik dan meningkatkan kesedaran mengenai bahayanya jenayah, Daerah Polis Tutong telah meneruskan lagi Taklimat Kesedaran Jenayah di beberapa buah sekolah rendah di sini, baru-baru ini.

Taklimat yang diadakan di Sekolah Rendah Bukit Beruang, Tutong II itu turut dihadiri oleh Guru Besar sekolah tersebut, Dayang Nurkara’en binti Haji Tuah bersama seramai 121 orang murid Tahun 3 hingga 6.

Taklimat disampaikan olehKpl. Iffah Azzahra binti Abdullah Yong.

Sementara itu, di Sekolah Rendah Tumpuan Telisai, seramai 230 orang murid yang terdiri daripada murid-murid Tahun 2 hingga 4 dan Tahun 6 menghadiri taklimat yang disampaikan oleh Sjn. Bahrin.

Murid-murid Sekolah Rendah Bukit Beruang ketika mendengar Taklimat Kesedaran Jenayah.
Murid-murid Sekolah Rendah Bukit Beruang ketika mendengar Taklimat Kesedaran Jenayah.

pg11_160524_c

Taklimat yang diadakan di Sekolah Rendah Tumpuan Telisai baru-baru ini.
Taklimat yang diadakan di Sekolah Rendah Tumpuan Telisai baru-baru ini.

Turut hadir mendengar taklimat tersebut ialah Guru Besarnya, Awang Mohd Ali bin Haji Nuddin.

Ia antara lain bertujuan memberikan maklumat dan ilmu kepada murid-murid mengenai jenayah dan bahayanya jenayah. Melalui taklimat ini, murid-murid akan mengetahui lebih lanjut jenis-jenis jenayah yang boleh mereka jauhi dan hindari yang mana perbuatan jenayah ini akan mengundang bahaya kepada kehidupan mereka dan orang lain.

ARTIKEL YANG SAMA