Pelajar didedah sejarah kesultanan Brunei

Pelajar didedah sejarah kesultanan Brunei

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 19 Jan – Kementerian Pendidikan petang tadi telah melancarkan Buku Siri Bacaan Sejarah Kesultanan Brunei dalam usahanya memperkukuhkan lagi pengetahuan murid-murid mengenai sejarah kesultanan Brunei.

Pelancarannya telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pendidikan, Pengiran Dato Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar pada majlis yang berlangsung di Dewan Sekolah Rendah Rimba 1.

Buku tersebut mengandungi lima siri sejarah sultan-sultan Brunei iaitu Sultan Muhammad Shah dengan tajuk Hubungan Awal Brunei-China, Sultan Sharif Ali bertajuk Sultan Berkat, Sultan Bolkiah bertajuk Nahkoda Ragam, Sultan Abdul Kahar bertajuk Marhum Keramat dan Sultan Saiful Rijal bertajuk Perang Kastila.

Pengiran Dato Paduka Haji Bahrom dalam ucapannya melahirkan perasaan berbangga apabila mengetahui Jabatan Perkembangan Kurikulum telah berjaya melangkah setapak ke hadapan dalam menghasilkan dan menerbitkan buku siri berkenaan sebagai bahan bacaan asas bagi murid-murid Tahun 4.

Pengiran Dato Paduka Haji Bahrom ketika ber ucap merasmikan pelancaran buku tersebut.
Pengiran Dato Paduka Haji Bahrom ketika ber ucap merasmikan pelancaran buku tersebut.
Haji Abdul Rahman menyampaikan ucapan alu-aluan.
Haji Abdul Rahman menyampaikan ucapan alu-aluan.
Buku Siri Bacaan Sejarah Kesultanan Brunei bagi Sekolah-Sekolah Rendah yang dilancarkan oleh tetamu kehormat.
Buku Siri Bacaan Sejarah Kesultanan Brunei bagi Sekolah-Sekolah Rendah yang dilancarkan oleh tetamu kehormat.
Tetamu kehormat menyampaikan Buku Siri Bacaan Sejarah Kesultanan Brunei bagi Sekolah-Sekolah Rendah kepada penerima.
Tetamu kehormat menyampaikan Buku Siri Bacaan Sejarah Kesultanan Brunei bagi Sekolah-Sekolah Rendah kepada penerima.
Tetamu kehormat menyampaikan sijil penghargaan kepada salah seorang murid yang mencapai sasaran Program Rintis Baca 40 Buah Buku.
Tetamu kehormat menyampaikan sijil penghargaan kepada salah seorang murid yang mencapai sasaran Program Rintis Baca 40 Buah Buku.
Persembahan Pemantasan Drama. - Gambar oleh Muiz Matdani
Persembahan Pemantasan Drama. – Gambar oleh Muiz Matdani

p05-7_20160120

Menurut beliau, penerbitannya adalah bertepatan dengan usaha mengukuhkan semangat jati diri dan cintakan negara dan sejarahnya dalam kalangan murid-murid di peringkat sekolah rendah.

“Saya difahamkan bahawa inisiatif ini akan dilanjutkan dengan menghasilkan beberapa buah tajuk buku lagi bagi kegunaan murid-murid Tahun 5 dan 6.

“Perkara ini merupakan usaha yang sangat bernilai dan dapat meningkatkan minat membaca murid-murid bagi mendukung dan merealisasikan Wawasan Brunei 2035 dalam menanai inisiatif utama Kementerian Pendidikan, iaitu meningkatkan tahap Literasi dan Numerasi yang terkandung dalam Pelan Strategik Kementerian Pendidikan (2012-2017),” katanya.

Tambah beliau lagi, mengimbas kembali sejarah lama Brunei, “negara kita telah menyaksikan sultan-sultan yang pernah memerintah negara ini pada zaman kegemilangannya, iaitu bermula dengan pemerintahan Sultan Muhammad Shah kira-kira 600 tahun lalu.

“Melalui sejarah juga, kita mengetahui usaha dan perjuangan Sultan Sharif Ali dalam menyebar dan mengembangkan agama Islam serta perluasan wilayah taklukan oleh Sultan Bolkiah, keberanian Sultan Saiful Rijal dalam menangani angkatan Sepanyol semata-mata untuk mempertahankan negara sehingga tercetusnya Perang Kastila”.

Beberapa peristiwa sejarah tersebut, ujar beliau, menunjukkan kegemilangan dan kegagahan sultan-sultan Brunei bersama pahlawan-pahlawan terdahulu berjuang bagi mempertahankan kedaulatan ugama, bangsa dan negara.

Jelas terbukti bahawa kepimpinan sultan-sultan Brunei banyak mengandungi mesej ke arah memakmurkan dan mempertahankan negara sehingga dapat dinikmati oleh generasi sekarang.

Menurut beliau lagi, menyedari akan kepentingan penyerapan nilai-nilai jati diri, semangat patriotisme dan cintakan agama dalam kalangan murid, maka pendedahan awal tentang sejarah di peringkat sekolah rendah adalah sangat penting.

Usaha sebegini dapat melahirkan warga Negara Brunei Darussalam yang lebih peka akan sejarah negara dan bangsanya, sekali gus dapat melahirkan semangat patriotisme dan nasionalisme sejak peringkat awal lagi.

Semangat ini, tambah beliau akan terus dipupuk dalam jiwa murid selaku generasi penerus agar mencintai negara ini dan mempertahankannya daripada segala ancaman yang ingin menghancurkan kedaulatan negara.

Di akhir majlis, tetamu kehormat turut menyampaikan Buku Siri bacaan Sejarah Kesultanan Brunei sebagai cenderamata kepada wakil-wakil Majlis Tertinggi Melayu Islam Beraja, Pusat Sejarah, Dewan Bahasa dan Pustaka serta Jabatan Sekolah-sekolah.

Majlis turut menyaksikan penyampaian sijil penghargaan kepada penulis-penulis dan ilustrator buku berkenaan, kemudian diserikan dengan persembahan pementasan drama oleh murid-murid Sekolah Rendah Rimba 1 dan menyaksikan pameran mini kelima-lima buah buku tersebut.

ARTIKEL YANG SAMA