Pelajar didedah tentang kesalahan jenayah

Pelajar didedah tentang kesalahan jenayah

Oleh Normazlina M.D

 

TUTONG, 5 Mei – Pasukan Polis Diraja Brunei melalui Daerah Polis Tutong, baru-baru ini, telah mengadakan Taklimat Kesedaran Jenayah untuk penuntut-penuntut di Sekolah Menengah Sayyidina Othman, Bukit Beruang, Tutong.

Hadir menyampaikan taklimat kesedaran jenayah ialah Inspektor Polis Norsuraya binti Haji Marusin.

Seramai 98 orang penuntut Tahun 9 dan 10 menghadiri taklimat tersebut yang diadakan buat kali keduanya setelah yang pertama diadakan di Sekolah Rendah Pengiran Dipa Negara Pengiran Jaya Sengkarai, Tutong.

Adapun tujuan taklimat tersebut diadakan adalah untuk memberi kesedaran kepada penuntut-penuntut sekolah berkenaan agar mereka tidak terlibat dalam kegiatan jenayah pada masa akan datang.

Hajah Junainah ketika menyampaikan cenderahati kepada Inspektor Norsuraya.
Hajah Junainah ketika menyampaikan cenderahati kepada Inspektor Norsuraya.

Di samping itu, ia juga menerangkan atau memberi pengetahuan kepada penuntut-penuntut tentang perbuatan jenayah dan tentang hukuman yang dijatuhkan kepada para penjenayah.

Taklimat dimeriahkan lagi dengan mengadakan kuiz bagi penuntut tentang kefahaman mereka terhadap perbuatan jenayah.

Taklimat dihadiri oleh Pengetua Sekolah Menengah Sayyidina Othman Bukit Beruang, Hajah Junainah binti Haji Abdul Rahman dan guru-guru sekolah berkenaan.