Pelajar dirai, pertingkat mutu pembelajaran

Pelajar dirai, pertingkat mutu pembelajaran

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Dis – Bagi memberikan galakan para pelajar untuk mempertingkatkan lagi mutu pembelajaran, Sekolah Bakti Dewa baru-baru ini telah mengadakan Majlis Konvokesyen dan Penyampaian Hadiah bagi Pelajar Terbaik Tahun 2015 yang berlangsung di Dewan Kemasyarakatan Lambak Kanan.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah pegawai pendidikan, Kementerian Pendidikan, Awang Kassim bin Haji Ibrahim.

Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh pengetua sekolah, Pengiran Anak Hafezah Sukrinah binti Pengiran Anak Haji Hassanuddin Al-Haj, diikuti dengan ucapan daripada tetamu kehormat majlis.

Barisan para graduan Sekolah Bakti Dewa bersama ibu bapa masing-masing di majlis tersebut.
Barisan para graduan Sekolah Bakti Dewa bersama ibu bapa masing-masing di majlis tersebut.
Salah seorang pelajar bersama ibunya di Majlis Konvokesyen dan Penyampaian Hadiah bagi Pelajar Terbaik Tahun 2015.
Salah seorang pelajar bersama ibunya di Majlis Konvokesyen dan Penyampaian Hadiah bagi Pelajar Terbaik Tahun 2015.

Kemudian majlis diteruskan dengan penyampaian sijil dan hadiah kepada para graduan serta pelajar-pelajar terbaik, di samping turut dimeriahkan pula dengan beberapa persembahan menarik oleh pelajar-pelajar Sekolah Bakti Dewa cawangan Tutong, Berakas dan Jerudong.

Antara objektif majlis ini adalah untuk memberikan penghargaan kepada para pelajar terbaik di sekolah berkenaan, di samping mendorong mereka untuk terus berusaha meningkatkan lagi kualiti pembelajaran mereka pada masa akan datang.

ARTIKEL YANG SAMA