Pelajar diseru amal hidup sihat

Pelajar diseru amal hidup sihat

Oleh Yusrin Junaidi

BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Jan – Pusat Promosi Kesihatan, Kementerian Kesihatan dengan kerjasama Sekolah Menengah Rimba mengadakan Program Fit4Good bagi mencegah dan mengawal penyakit-penyakit tidak berjangkit dalam kalangan pelajar.

Program itu dirasmikan oleh Timbalan Pengetua Sekolah Menengah Rimba, Dayang Norjalin binti Haji Jaafar yang dalam ucapan ringkasnya menyeru agar pelajar dapat bertahan dalam program itu demi kesihatan baik berpanjangan.

Program selama enam bulan disertai seramai 84 pelajar itu bertujuan meningkatkan kesedaran dan pengetahuan dalam kalangan remaja sekolah yang mempunyai berat badan berlebihan agar mengamalkan cara hidup sihat sekali gus diharapkan dapat mengawal obesiti dalam kalangan pelajar.

Di akhir program itu kelak, pelajar yang terlibat akan diberikan markah berdasarkan perubahan tabiat pemakanan, kegiatan fizikal dan perubahan pada peratusan berat badan.

Tiga orang pelajar, masing-masing perempuan dan lelaki yang mendapat hadiah tertinggi akan diberikan hadiah sebagai insentif atau galakkan dari Pusat Promosi Kesihatan dan juga pihak sekolah.

Pegawai dari Pusat Promosi Kesihatan menyampaikan taklimat mengenai dengan Program Fit4Good dan obesiti.
Pegawai dari Pusat Promosi Kesihatan menyampaikan taklimat mengenai dengan Program Fit4Good dan obesiti.

pg12_160129_b

Antara penuntut yang terpilih menyertai program berkenaan.
Antara penuntut yang terpilih menyertai program berkenaan.

ARTIKEL YANG SAMA