Pelajar fahami fungsi Pejabat Peguam Negara

Pelajar fahami fungsi Pejabat Peguam Negara

BANDAR SERI BEGAWAN, 2 Ogos – Sebagai usaha berterusan bagi menarik dan menggalakkan lebih ramai penuntut bagi memasuki kerjaya perundangan, Pejabat Peguam Negara, kelmarin, telah meneruskan taklimat dalam Program Hala Tuju “Yang Mana Satu” Selepas ‘O’Level.

Taklimat bagi Sekolah Menengah Pengiran Anak Puteri (SM PAP) Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah dan Maktab Anthony Abell itu diadakan di SM PAP Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah, Lumut.

Menyampaikan taklimat pada majlis itu ialah penasihat undang-undang dari Pejabat Peguam Negara, Hajah Zatil Aqilah binti Dato Paduka Haji Metassan, Dayangku Hazirah binti Pengiran Mohd Yusof dan Dayang Nurul Fitri binti Kiprawi.

Menurut kenyataan Pejabat Peguam Negara, taklimat ini berobjektif untuk berkongsi dengan pelajar mengenai fungsi Pejabat Peguam Negara dan juga kehidupan harian sebagai Penasihat Undang-Undang (Peguam) di Pejabat Peguam Negara dan juga pilihan yang boleh dibuat oleh pelajar untuk mengikuti Ijazah Undang-Undang, yang boleh diikuti bukan sahaja di luar negara seperti di United Kingdom, Australia dan Malaysia, tetapi juga di institusi tempatan seperti di Universiti Sultan Sharif Ali (UNISSA).

Salah seorang penasihat undang-undang dari Pejabat Peguam Negara ketika menyampaikan taklimat di majlis itu.
Salah seorang penasihat undang-undang dari Pejabat Peguam Negara ketika menyampaikan taklimat di majlis itu.

Taklimat tersebut diikuti dengan sesi soal jawab antara penasihat undang-undang dan para penuntut di mana pelajar diberikan peluang untuk mengetahui lebih lanjut mengenai peluang pekerjaan di Pejabat Peguam Negara.

ARTIKEL YANG SAMA