Pelajar, guru meriahkan pentas perayaan

Pelajar, guru meriahkan pentas perayaan

TUTONG, 30 Ogos – Para pelajar dan guru-guru sekolah menengah dan pusat tingkatan enam tidak ketinggalan memeriahkan pentas perayaan di Daerah Tutong dengan mengadakan pelbagai persembahan menarik, malam tadi.

Hadir menyaksikan persembahan berkenaan selaku tetamu kehormat ialah Ketua Kluster 5, Awang Aliuddin bin Haji Abdul Rahman.

Tahun ini, acara melibatkan penyertaan Sekolah Menengah Tanjong Maya, Sekolah Menengah Sufri Bolkiah dan Pusat Tingkatan Enam Tutong, yang antaranya mengadakan persembahan nyanyian lagu-lagu Hari Keputeraan, nasyid, syair, tarian tradisional, teater dan muzik instrumental.

Antara persembahan para pelajar di Pentas Perayaan Daerah Tutong.
Antara persembahan para pelajar di Pentas Perayaan Daerah Tutong.

pg09_150831_e

ARTIKEL YANG SAMA