Pelajar & guru nahas jalan raya

Pelajar & guru nahas jalan raya

MEXICO CITY, 21 Mei – Sembilan pelajar sekolah tinggi dan guru mereka bersama pemandu bas telah terkorban dalam satu kemalangan jalan raya di Mexico semasa dalam lawatan lapangan universiti, lapor kerajaan negeri.

Para pelajar itu pergi bersama seorang guru dan pemandu bas untuk melawat sebuah universiti pada Rabu, menurut siaran akhbar.

Para pendakwa mengenal pasti sebelas mayat di negeri tengah San Luis Potosi.

Kemalangan itu berlaku selepas sebuah kontena gugur dari sebuah trak dan terhempas ke arah kenderaan pelajar, menghentamnya ke arah tepian berbatu jalan raya, menurut pihak berkuasa. – AFP