Pelajar, guru SVSB derma darah

Pelajar, guru SVSB derma darah

Oleh Faridah Haji Ibrahim

 

Seramai 73 orang pelajar dan tenaga pengajar Sekolah Vokasional Sultan Bolkiah (SVSB) tampil menderma darah dalam kempen anjuran sekolah berkenaan serta Pusat Menderma Darah Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS), baru-baru ini.

Penyelia Pusat Menderma Darah Hospital RIPAS, Haji Matusop bin Haji Daud menyatakan penghargaan kepada mereka yang tampil ke hadapan untuk menjayakan kempen itu demi membantu mereka yang benar-benar memerlukan.

pg07_151114_c