Pelajar India diserang di mahkamah

Pelajar India diserang di mahkamah

NEW DELHI, India, 18 Feb (NNN) – Seorang ketua pelajar India yang diberkas atas dakwaan hasutan yang berkontroversi diserang semalam ketika polis membawanya ke mahkamah ketika kemarahan berhubung kes yang telah mencetuskan bantahan beramai-ramai meluap-luap.

Wartawan media telah melihat lelaki-lelaki di dalam mahkamah menyerang Kanhaiya Kumar yang diberkas pada hari Jumaat berhubung perhimpunan di universiti berprestij di Delhi, Universiti Jawaharlal Nehru tempat slogan-slogan anti India dijeritkan.

Mahkamah Tinggi India yang telah mengarahkan polis Delhi memastikan keselamatan semua orang di dalam mahkamah rendah ekoran letusan keganasan sebelumnya, telah menghantar sepasukan peguam untuk menilai situasi.

“Kami telah memaklumkan Mahkamah Tinggi tentang suasana gerun di Patiala House,” menurut salah seorang peguam, A.D.N Rao. “Tertuduh telah dibelasah. Para anggota penal juga diganggu.”

Kanhaiya Kumar (tengah) diiringi polis di luar sebuah mahkamah di New Delhi. – Reuters
Kanhaiya Kumar (tengah) diiringi polis di luar sebuah mahkamah di New Delhi. – Reuters

Penangkapan ketua kesatuan pelajar berusia 32 tahun itu telah mencetuskan perbalahan besar berhubung kebebasan bersuara di India, yang mana sebilangan pengkempen hak asasi berkata kerajaan nasionalis Hindu menggunakan undang-undang hasutan era Britain untuk bertindak ke atas penentang. Hasutan boleh membawa kepada hukuman maksimum, penjara seumur hidup dan sabitan adalah jarang sekali.

Kumar menafikan dia antara mereka yang melaungkan slogan anti India pada perhimpunan Selasa lalu untuk menandakan penghukuman gantung pemisah Kashmir Mohammed Afzal Guru pada 2013 berhubung serangan yang membawa maut di parlimen India. Semalam ketua pelajar itu dihantar ke tahanan kehakiman sehingga 2 Mac.

Amnesty International menggesa Kumar dibebaskan segera dan S.A.R Geelani, bekas pensyarah Universiti Delhi telah diberkas Selasa lalu berhubung dakwaan sama dalam kaitan peristiwa lain yang memperingati kematian Guru. Ratusan anggota polis dikerah di mahkamah Patiala House di Delhi sebelum kemunculan Kumar, selepas pelajar-pelajar, para ilmuan dan wartawan diserang apabila mereka muncul untuk melihat pada Isnin lalu.

ARTIKEL YANG SAMA