Pelajar Institut Sinaran Sabah dianugerahkan biasiswa

Pelajar Institut Sinaran Sabah dianugerahkan biasiswa

KOTA KINABALU, 16 Mac – Seorang daripada pelajar terbaik Institut Sinaran, Kota Kinabalu, Sabah, telah menerima biasiswa penuh daripada Universiti Newcastle, Australia.

Andrew Wong Vui Zhen akan meneruskan pengajiannya dalam bidang Kejuruteraan Elektrik di universiti luar negara tersebut melalui Biasiswa Antarabangsa bagi Peringatan Jubli Emas Fakulti Kejuruteraan & Alam Bina.

Andrew Wong Vui Zhen yang dipetik sebagai berkata beliau sangat gembira dengan penganugerahan biasiswa tersebut dan berkata ia adalah satu hadiah yang sangat hebat baginya dari pihak universiti.

“Saya tidak dapat membalas usaha dan kesabaran yang diberikan kepada saya oleh keluarga saya, guru-guru dan rakan-rakan dalam membentuk saya sehingga berjaya seperti hari ini.

Gambar ramai daripada pihak Institut Sinaran iaitu Timbalan Presiden bagi Hal Ehwal Pelajar, Mr Leong Yoke Kin; Ketua Pegawai Eksekutif, Mr William Pan (dua,kiri); Mr Teh Kee Aun daripada JM Education Group bersama Andrew Wong (tiga, kiri) serta keluarga.
Gambar ramai daripada pihak Institut Sinaran iaitu Timbalan Presiden bagi Hal Ehwal Pelajar, Mr Leong Yoke Kin; Ketua Pegawai Eksekutif, Mr William Pan (dua,kiri); Mr Teh Kee Aun daripada JM Education Group bersama Andrew Wong (tiga, kiri) serta keluarga.

“Belajar di Institut Sinaran semestinya pilihan dan laluan yang betul buat saya. Dengan kedua-dua tutor yang sangat baik dan persekitaran pembelajaran yang kondusif di Institut Sinaran, saya telah berjaya mencapai keputusan yang cemerlang dalam GCE ‘A-Level’ Cambridge. Saya amat yakin bahawa Institut Sinaran adalah pilihan terbaik kepada pelajar untuk mendapatkan pendidikan pra-universiti mereka dengan pengiktirafan di seluruh dunia.”

Institut Sinaran telah diiktiraf dalam penyediaan pendidikan yang berkualiti seperti yang ditunjukkan dalam rekod akademik yang cemerlang sejak 1987. Ramai daripada pelajar mereka telah mendapat kemasukan universiti di seluruh dunia termasuk universiti berkedudukan tertinggi dalam pelbagai kursus.