Pelajar Iraq dikeluarkan dari penerbangan

Pelajar Iraq dikeluarkan dari penerbangan

LOS ANGELES, 18 April (AP) – Seorang pelajar dari Universiti California, Berkeley datang ke Amerika Syarikat sebagai seorang pelarian Iraq berkata beliau telah dikeluarkan daripada penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles pada awal bulan ini kerana penumpang yang berada di sebelahnya cemas dengan perbualan beliau dalam berbahasa Arab.

Southwest Airlines berkata dalam satu kenyataan kelmarin bahawa penumpang, Khairuldeen Makhzoomi, telah dikeluarkan dari penerbangan 9 April lalu dari Los Angeles ke Oakland, California, untuk disoal siasat dan pesawat telah berlepas semasa kejadian berlaku. Tetapi syarikat penerbangan itu berkata ia tidak menerima aduan secara terus dari Makhzoomi.

Makhzoomi, seorang pelajar senior di Universiti California Berkeley berusia 26 tahun, berkata beliau telah menelefon bapa saudaranya sebelum penerbangan itu untuk memberitahu mengenai sesi ucapan beliau yang telah dihadiri oleh Setiausaha Agung PBB Ban Ki-moon.

Makhzoomi memberitahu bapa saudaranya mengenai persoalan kumpulan Islamic State (IS) pada majlis itu. Beliau berkata beliau telah menggunakan frasa “inshallah,” yang bermaksud “dengan izin Tuhan” pada akhir perbualan beliau, yang telah membawa kepada syak wasangka kejadian tersebut.

Beliau berkata wanita yang berada di duduk hadapan beliau mula merenung kepadanya. “Itulah apabila saya fikir, ‘Oh, saya berharap dia tidak melaporkan saya,” kata Makhzoomi. Makhzoomi kata seorang pekerja Southwest yang fasih berbahasa Arab datang dan mengiringinya dari pesawat dan bertanya kepadanya mengapa dia telah bercakap bahasa Arab.

Makhzoomi berkata kepada pekerja “Inilah Islamophobia yang berada di dalam negara ini”. Dengan kata-kata Makhzoomi tersebut, menjadikan penumpang didalamnya marah dan beliau diarah untuk keluar dari pesawat itu. FBI di Los Angeles berkata dalam satu kenyataan bahawa mereka menyiasat kes tersebut dan mendapati tiada tindakan lanjut diperlukan.

ARTIKEL YANG SAMA