Pelajar ISB dihiburkan oleh pancaragam tentera

Pelajar ISB dihiburkan oleh pancaragam tentera

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 5 Nov – Pelajar-pelajar Sekolah Antarabangsa Brunei (ISB) hari ini telah diberi peluang untuk menyaksikan persembahan pancaragam oleh Pasukan Pancaragam Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) bersama Seventh Fleet Band dari Angkatan Laut Amerika Syarikat.

Berkenan berangkat menyaksikan persembahan yang berlangsung di Dewan Teater ISB pagi tadi ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah, Yang Teramat Mulia Pengiran Muda ‘Abdul Muntaqim dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak ‘Abdul Haseeb.

Persembahan pancaragam itu merupakan satu program yang dijalankan sempena latihan ketenteraan dua hala, Negara Brunei Darussalam dan Amerika Syarikat dalam Eksesais Kerjasama Latihan dan Kesediaan Apungan (CARAT) kali ke-21.

Para pemuzik-pemuzik tentera yang berkunjung ke ISB hari ini juga berpeluang membantu memberikan pendedahan dan pembelajaran kepada para pelajar mengenai dengan pelbagai genre muzik, gaya dan irama yang berbeza.

pg01_151106_a

YTM Duli Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel semasa menyaksikan persembahan.
YTM Duli Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel semasa menyaksikan persembahan.

pg01_151106_b

YTM Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah semasa menyaksikan persembahan.
YTM Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah semasa menyaksikan persembahan.
YTM Pengiran Muda ‘Abdul Muntaqim semasa menyaksikan persembahan.
YTM Pengiran Muda ‘Abdul Muntaqim semasa menyaksikan persembahan.
YAM Pengiran Anak ‘Abdul Haseeb semasa menyaksikan persembahan.
YAM Pengiran Anak ‘Abdul Haseeb semasa menyaksikan persembahan.
Antara pelajar yang hadir menyaksikan persembahan.
Antara pelajar yang hadir menyaksikan persembahan.
Pasukan Pancaragam Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) bersama Seventh Fleet Band dari Angkatan Laut Amerika Syarikat semasa membuat persembahan.
Pasukan Pancaragam Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) bersama Seventh Fleet Band dari Angkatan Laut Amerika Syarikat semasa membuat persembahan.

ARTIKEL YANG SAMA