Pelajar ISB kenali Jepun

Pelajar ISB kenali Jepun

BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Nov – Lima orang pelajar Tahun 10 dari Sekolah Antarabangsa Brunei (ISB) hari ini berlepas ke Jepun bagi program pertukaran pelajar selama 10 hari anjuran Institusi Kebangsaan bagi Pendidikan Belia Jepun dan diselaraskan oleh Persatuan Alumni Jepun Brunei (BAJA).

Mereka terdiri daripada Awang Dylan Zayd, Awang Hamiz Fadil, Nicholas Yew, Felecia Kwa dan Andrea Young akan bersama para pelajar dari negara-negara anggota ASEAN lainnya menghadiri program itu.

Ia bertujuan bukan sahaja untuk menjalinkan persahabatan dan perpaduan antara rantau ASEAN dan Jepun, malah meningkatkan pemahaman belia ASEAN terhadap Jepun dan kebudayaan serta alam sekitar semula jadinya. Ia juga memperluaskan lagi pandangan global pelajar Jepun bagi menyemai kepimpinan generasi akan datang.

Lima pelajar ISB memegang bendera negara sebelum berlepas ke Jepun.
Lima pelajar ISB memegang bendera negara sebelum berlepas ke Jepun.

Kelima-lima pelajar itu dan para pelajar negara ASEAN lainnya akan terlibat dalam pelbagai aktiviti pendidikan dan budaya dalam masa 10 hari program itu termasuklah program luar dewan dan permainan di mana mereka boleh menjangkakan keadaan cuaca yang sangat sejuk di sana.

Program penuh dengan aktiviti itu juga akan membolehkan mereka meraih pengalaman dalam budaya Jepun memandangkan setiap seorang daripada mereka akan bermalam dengan sebuah keluarga Jepun dan akan kembali ke tanah air pada 3 Disember.

ARTIKEL YANG SAMA