Pelajar ISB melawat Villa Mauri

Pelajar ISB melawat Villa Mauri

Oleh Salawati Haji Yahya

Gambar oleh Azlan Othman

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 Ogos – Rombongan seramai 80 orang pelajar dari Sekolah Antarabangsa Brunei (ISB), hari ini, telah membuat lawatan ke Restoran Villa Mauri sebagai sebahagian daripada Kem Musim Panas bagi pelajar sekolah berkenaan.

Berangkat sama dalam rombongan lawatan itu ialah Yang Teramat Mulia Pengiran Muda ‘Abdul Muntaqim dan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Muneerah Madhul Bolkiah.

Lawatan ke restoran berkenaan adalah untuk mempelajari seni pembuatan piza sekali gus menandakan minggu terakhir cuti persekolahan musim panas ISB.

Penganjur Kem Musim Panas ISB, Robert Carpenter menjelaskan, keseluruhan empat minggu kem tersebut berjalan dengan sangat baik di mana dengan kehadiran 80 ke 100 pelajar pada hari Isnin hingga Jumaat.

“Pelajar berkenaan dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan yang berumur antara tiga hingga lapan tahun manakala satu kumpulan lagi yang berumur sembilan hingga 14 tahun, yang mana pelajar-pelajar berkenaan menyertai aktiviti yang diaturkan,” jelasnya.

Yang Teramat Mulia Pengiran Muda ‘Abdul Muntaqim dan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Muneerah Madhul Bolkiah turut berkenan menyertai lawatan tersebut.
Yang Teramat Mulia Pengiran Muda ‘Abdul Muntaqim dan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Muneerah Madhul Bolkiah turut berkenan menyertai lawatan tersebut.

Menurutnya lagi, idea untuk membuat kanak-kanak ini sibuk dan berseronok semasa cuti musim panas mereka mungkin susah tapi dengan penglibatan sukarelawan Tahun 12 dan tenaga pengajar yang dedikasi dan bersemangat, program ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan baik.

Pelbagai aktiviti disusun dalam kem ini antaranya Amazing Race, aktiviti berasaskan bola untuk meningkatkan penyelarasan, latihan renang di samping beberapa siri lawatan sambil belajar ke Muzium Maritim, Pusat Biodiversiti Marin dan lainnya.

Kem Musim Panas ini dianggap satu kejayaan besar bagi ISB dan diharap akan diteruskan dengan pelbagai aktiviti bagi musim panas yang akan datang.

ARTIKEL YANG SAMA