Pelajar istimewa kenali Tasek Merimbun

Pelajar istimewa kenali Tasek Merimbun

Oleh NAJ

 

TUTONG, 18 Okt – Seramai 12 orang pelajar berkeperluan khas disertai oleh tiga orang guru Pendidik/Guru Keperluan Khas (SENA), empat orang guru sandaran dan tujuh ibu bapa para Sekolah Model Inklusif, Sekolah Rendah Keriam, Tutong Kluster 5 telah membuat lawatan ke Taman Warisan Tasek Merimbun.

Rombongan pelajar berpeluang mendengar taklimat daripada Staf Galeri Warisan Tasek Merimbun, Awang Mohd Hady bin Samsuddin yang menyentuh kegunaan dan faedah hutan di Negara Brunei Darussalam. Para pelajar juga berpeluang melawat Balai Pameran Taman Warisan Tasek Merimbun dan juga Taman Kulimambang yang berdekatan. Lawatan diakhiri dengan penyampaian sijil penghargaan kepada pihak Taman Warisan Tasek Merimbun , Tutong yang disampaikan oleh Ketua Guru SENA, Johan Benson, kepada Awang Mohd Hady.

Lawatan ini merupakan penutup Program Lawatan Tahun 2015 bagi pelajar sekolah itu bagi memberikan pendedahan dan menambah pengetahuan yang berguna kepada mereka untuk menghargai dan mencintai alam sekitar.

p09-3_20151019

ARTIKEL YANG SAMA