Pelajar ITE lawat IBTE

Pelajar ITE lawat IBTE

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

KUALA BELAIT, 29 Sept – Institut Pendidikan Teknik Brunei (IBTE) Kampus Maktab Kejuruteraan Jefri Bolkiah (MKJB), hari ini, telah menerima kunjungan daripada kira-kira lebih 20 orang pelajar dari Institut Pendidikan Teknikal (ITE) West College Singapura berserta beberapa orang pensyarah mereka.

Di awal lawatan, rombongan telah berpeluang mendengarkan taklimat mengenai IBTE Kampus MKJB yang telah disampaikan oleh Timbalan Pengetua (Pembelajaran dan Latihan), Awang Burhan bin Haji Jais.

Kemudian mereka dibawa melawat ke beberapa bahagian kampus tersebut termasuk Bahagian Akademi Maritim Brunei, Jabatan Kejuruteraan Kawalan dan Mekatronik seterusnya ke Jabatan Kejuruteraan Perkhidmatan Bangunan dan bengkel.

Gambar ramai rombongan pelajar yang melawat ke IBTE Kampus Kejuruteraan Jefri Bolkiah beserta pensyarah mereka hari ini.
Gambar ramai rombongan pelajar yang melawat ke IBTE Kampus Kejuruteraan Jefri Bolkiah beserta pensyarah mereka hari ini.

ARTIKEL YANG SAMA