Pelajar ITE Singapura lawat BMC

Pelajar ITE Singapura lawat BMC

Oleh Salena MS

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 4 Okt – Seramai 12 orang pelajar jurusan NiTec Kejuruteraan Mechatronics, Institut Pendidikan Teknikal ( ITE ) Kolej West Singapura mengadakan lawatan sambil belajar ke Syarikat Brunei Methanol Sdn Bhd (BMC) Sungai Liang, baru-baru ini.

Lawatan disertai oleh seorang pensyarah dari ITE dan tiga pensyarah dari IBTE Kampus Jefri Bolkiah dan ia merupakan program pertukaran pelajar  bagi projek usaha sama IBTE Kampus Jefri Bolkiah dengan ITE Kolej West, Singapura.

Semasa lawatan tersebut para pelajar berpeluang menyaksikan tayangan video korporat, selain mendengar taklimat yang disampaikan oleh Pegawai Perhubungan Korporat BMC, Dayang Adriana Agus Din.

Semasa lawatan tersebut para pelajar juga dibawa melawat dan meninjau ke loji BMC di samping diberi peluang kepada para pelajar mengajukan soal jawab semasa tinjauan ke loji tersebut.

Gambar ramai pelajar semasa lawatan ke BMC.
Gambar ramai pelajar semasa lawatan ke BMC.