Pelajar Jepun kenali Brunei

Pelajar Jepun kenali Brunei

Oleh Anwar Rosly

KUALA BELAIT, 12 Ogos – Pertukaran budaya di antara Negara Brunei Darussalam dan Jepun terus direalisasikan oleh serombongan pelajar dari Wilayah Wakayama, Jepun yang kini dalam lawatan seminggu bagi menimba ilmu dan mempelajari budaya tempatan.

Menurut Ketua Perhubungan Persatuan Persahabatan Brunei-Jepun, Dayang Rohayati binti Haji Awang Damit, rombongan ini akan melawat beberapa tempat seperti Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Yayasan), Taman Negara Ulu Temburong, Kedutaan Jepun dan juga Tenaga Suria Brunei (TSB) serta Syarikat Metanol Brunei Sdn Bhd (BMC).

Rombongan 13 orang pelajar Sekolah Menengah Wilayah Wakayama dan seorang graduan dari Universiti Osaka hari ini mengunjungi BMC di mana mereka diberikan taklimat mengenai pemprosesan metanol dan pelbagai lagi fungsi syarikat oleh Pengurus Kanan Operasi Atsushi Kakimi dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Awang Daud bin Haji Jais.

Selama seminggu berada di sini, pelajar Jepun ini akan mempelajari mengenai alam flora dan fauna serta biodiversiti yang terdapat di Ulu Temburong, mengenali syarikat BMC dan TSB dan kebudayaan negara ini, kata Pegawai Bahagian Kebudayaan dan Hal Ehwal Antarabangsa di bawah Jabatan Perancangan bagi Wilayah Wakayaman, Mami Ogawa.

Atsushi Kakimi semasa menerangkan mengenai pemprosesan metanol kepada rombongan pelajar Jepun.
Atsushi Kakimi semasa menerangkan mengenai pemprosesan metanol kepada rombongan pelajar Jepun.
Gambar ramai pelajar Jepun dan pegawai BMC.
Gambar ramai pelajar Jepun dan pegawai BMC.