Pelajar JIS buktikan kecemerlangan

Pelajar JIS buktikan kecemerlangan

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Ogos – Pelajar-pelajar Sekolah Antarabangsa Jerudong (JIS) meraikan satu lagi kecemerlangan dalam keputusan peperiksaan GCE ‘A’ Level.

Pada A2 Level, kurang 10 peratus gred yang diberikan kepada para pelajar Tahun 13 sekolah tersebut adalah gred tertinggi A* – dalam setahun apabila anugerah gred ini menurun di seluruh sekolah yang menduduki GCE Peringkat A.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh JIS di sini, ini adalah peningkatan seterusnya dari 8.9 peratus gred A* yang dicapai pada tahun 2014.

Pelajar-pelajar JIS telah mencapai kecemerlangan gred A* atau A dalam lebih 30 peratus daripada keseluruhan gred yang diberikan dan 61 peratus yang mengagumkan bagi semua gred adalah A*, A atau B (pada dasarnya dianggap sebagai peringkat minimum yang diperlukan untuk memasuki Universiti terkemuka di United Kingdom).

Sebagai perbandingan, perangkaan Gred A* – B bagi semua sekolah UK ialah 52.8 peratus yang menunjukkan bahawa para pelajar JIS melebihi statistik bagi sekolah-sekolah UK.

(Dari atas ke bawah) Dinushki Tennakoon, Timothy Koh dan Sneha Ramasamy yang mendapat keputusan cemerlang  5 gred A* atau A.
(Dari atas ke bawah) Dinushki Tennakoon, Timothy Koh dan Sneha Ramasamy yang mendapat keputusan cemerlang 5 gred A* atau A.

pg08_150819_e pg08_150819_f

Prestasi para pelajar Tahun 12 sangat mantap dalam peperiksaan AS Level mereka, dengan mencapai keputusan cemerlang dalam semua mata pelajaran.

Sebanyak 32 peratus daripada semua gred adalah A’s dan 57 peratus adalah pada peringkat genting A/B. Angka sama dari sekolah-sekolah di UK ialah 20.2 peratus (A) dan 40.9 peratus (A/B).

Menurut kenyataan itu lagi, sejumlah besar pelajar telah mendapat semua gred semua A* atau gred A.

Manakala itu, seramai 24 orang pelajar yang luar biasa ketekunannya yang dalam Tahun 13 telah mencapai sama ada gred 3, 4 atau 5A*/A pada A2 Level.

Timothy Koh, Sneha Ramasamy, Dinushki Tennakoon, kesemuanya mencapai 5 gred A* atau A, sementara Shilah Husaimee Ahmad, Audrey Teo, Jun Ming Ting dan Yii Wen Wee kesemuanya mencapai gred 4A*/A.

Seramai 17 orang pelajar telah mencapai 3 gred A*/A.

Mereka adalah Dayang Syazwana Ahmadyani, Safwah Bakri, Sammy Colburn, Didi Hasnal, Stuthi Hedge, ‘Adilah Kassim, Ting Ying Koh, Evelyn Lai, Rauqah Laidin, Nira Rai, Dayang Siti Saifulbahri, Apreetha Silva Das, Awang Emir Sunadi, Syahida Tahir, Yee Chung Tang, Yu Rong Teng dan Rhean Uppal.

“Selain itu, majoriti besar pelajar memenuhi atau melebihi gred yang diramalkan yang kami jangkakan berdasarkan kemampuan.

“Pada peringkat AS kami menyaksikan corak serupa dengan majoriti pelajar-pelajar Tahun 12 kami yang berprestasi melepasi jangkaan. “

Manakala itu, seramai 27 orang lagi pelajar mencapai 3,4 atau 5 gred A.

Daripada bilangan itu, Sidarth Ambady, Dayang Hafizah Azhar, Nirmal Jayakrishan, Rajvir Jutla, Jun Wei Kuan, David Lim, Trisha Lim, John Luk, Dayang Maisarah Malik, Charu Moorthi, David Samuel, Dayang Umi Sazali, NIcole Tay, Jasmine Thien, Hanson Ting dan Joy Wong kesemuanya mencapai 4A’s. Ashraf Marasharin dan Honn Wee Son mencapai 5 gred A, kata kenyataan itu lagi.

ARTIKEL YANG SAMA