Pelajar JIS kenali budaya Jepun

Pelajar JIS kenali budaya Jepun

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Jun – Bagi memperkayakan pengetahuan mengenai negara Jepun, seramai 13 orang pelajar Tahun 9 dari Sekolah Antarabangsa Jerudong (JIS) hari ini melawat kediaman Duta Jepun ke Negara Brunei Darussalam di Kampung Sungai Tilong.

Rombongan yang mengikuti Program Knowledge of Japan Enriched itu diketuai oleh Ketua Geografi JIS, Andy McCulloh.

Menyambut kedatangan rombongan pelajar itu ialah Duta Jepun ke Negara Brunei Darussalam, Noriko Iki yang turut memberi taklimat mengenai budaya dan adat resam masyarakat Jepun.

Kunjungan mereka turut diisikan dengan demonstrasi membuat susyi oleh Cef Usuki dan upacara membuat dan menghidangkan teh tradisi yang dikenali sebagai Sado.

Duta Jepun bergambar ramai bersama para pelajar.
Duta Jepun bergambar ramai bersama para pelajar.
Para pelajar menyaksikan upacara membuat teh Sado.
Para pelajar menyaksikan upacara membuat teh Sado.
Para pelajar semasa membuat susyi.
Para pelajar semasa membuat susyi.

Noriko Iki turut menyampaikan taklimat mengenai sejarah dan asal usul susyi serta teh Sado.

Pelajar JIS juga mempelajari cara membuat origami dan kaligrafi daripada Timbalan ketua Misi Kedutaan Jepun, Dr. Toshio Kaneko dan Setiausaha Pertama Junko Kurihara.

Menurut Andy McCulloch, program tahun ini merupakan inisiatif beliau sendiri kerana pernah menyertai Program Pertukaran dan Pembelajaran Jepun (JET) pada tahun 2002 hingga 2003 dan ia memupuk minat beliau untuk mempelajari lebih lanjut mengenai kebudayaan dan keunikan negara Jepun.