Pelajar JIS, SMSS saksi latihan muzikal klasik

Pelajar JIS, SMSS saksi latihan muzikal klasik

Oleh Sim Y. H.

Gambar oleh NBT (Brunei) Sdn Bhd

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 Okt – Pelajar muzik dari Sekolah Antarabangsa Jerudong (JIS) dan Sekolah Seri Mulia Sarjana (SMSS) telah diberikan peluang keemasan untuk menyaksikan latihan muzik klasikal dan opera dari Kumpulan Budapest Operetta and Musical Theatre yang membuat persembahan Toyota Classics 2015, dengan latihan itu diadakan di Pusat Kesenian, JIS, pada 10 Oktober lalu.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh NBT (Brunei) Sdn Bhd, hari ini, memetik kata Ketua Jabatan Muzik, JIS, Paul Edgeler, pelajar-pelajar muzik itu diberikan peluang yang amat berguna bukan sahaja untuk mempelajari tetapi mendapatkan petua daripada anggota orkestra berkenaan.

Paul juga melahirkan harapan bahawa melalui pengalaman itu, para pelajar akan memperoleh inspirasi daripada ahli anggota orkestra berkenaan. Beliau turut menyatakan penghargaan kepada pihak NBT (Brunei) Sdn Bhd atas peluang keemasan yang diberikan kepada pelajar-pelajarnya.

Paul menambah bahawa dengan menyaksikan latihan ahli-ahli orkestra berkenaan, mereka berpeluang untuk memahami ketekunan para ahli berlatih untuk memastikan mereka dapat membuat persembahan yang terbaik. Manakala itu, Ketua Akademik (Rendah Atas) Sekolah Seri Mulia Sarjana, Marvin Mansueto, turut berkata bahawa peluang untuk menyaksikan latihan itu memberikan pendedahan baik bagi pelajar-pelajar kerana mereka dapat melihat sendiri ketekunan para ahli orkestra dalam memastikan bahawa mereka mengekalkan standard persembahan yang tinggi dengan latihan kerap.

Para pelajar bergambar ramai dengan ahli-ahli Kumpulan Budapest Operetta and Musical Theatre.
Para pelajar bergambar ramai dengan ahli-ahli Kumpulan Budapest Operetta and Musical Theatre.
Para pelajar ketika berpeluang mendengar penerangan daripada ahli Kumpulan Budapest Operetta and Musical Theatre.
Para pelajar ketika berpeluang mendengar penerangan daripada ahli Kumpulan Budapest Operetta and Musical Theatre.

Beliau menyatakan harapan bahawa peluang untuk bertemu dan berinteraksi dengan ahli orkestra itu akan memberikan inspirasi kepada para pelajarnya untuk terus bekerja keras dan mungkin memilih muzik sebagai kerjaya mereka pada masa akan datang.

ARTIKEL YANG SAMA