Pelajar JIS terokai khazanah negara

Pelajar JIS terokai khazanah negara

Oleh Abdul Rahim Haji Ismail

BANDAR SERI BEGAWAN, 28 April – Seramai 68 orang pelajar Tahun 9 dan 27 pelajar Tahun 6 Sekolah Antarabangsa Jerudong (JIS) mengadakan lawatan ke Muzium Teknologi Melayu dan Muzium Maritim, baru-baru ini.

Lawatan sambil belajar yang diiringi oleh enam guru sekolah berkenaan bertujuan untuk membuka minda para pelajar tentang khazanah bangsa dan negara mereka, Negara Brunei Darussalam.

Lawatan itu juga berkait rapat dengan mata pelajaran Bahasa Melayu yang mana para pelajar dapat melihat sendiri pelbagai teknologi dan budaya Melayu Brunei yang dipamerkan yang sekali gus dapat menambah kosa kata para pelajar.

Selain itu, melalui lawatan itu juga diharap dapat menyuntik semangat cintakan negara dapat dalam kalangan pelajar setelah melihat sendiri begitu banyak khazanah bangsa Melayu Brunei yang dimiliki sejak zaman berzaman.

Para pelajar ketika meninjau salah sebuah pameran yang terdapat di Muzium Teknologi Melayu.
Para pelajar ketika meninjau salah sebuah pameran yang terdapat di Muzium Teknologi Melayu.

Lawatan itu juga mendedahkan para pelajar kepada sejarah Negara Brunei Darussalam dalam bidang ekonomi, sosial dan politik kerana aspek ini akan dapat membantu pelajar dalam membincangkan pelbagai topik dalam penulisan karangan.

ARTIKEL YANG SAMA