Pelajar kenali ASEAN

Pelajar kenali ASEAN

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 2 Mei – Dalam usaha memberi pendedahan dan menyalurkan maklumat lebih meluas mengenai ASEAN kepada penuntut di negara ini, Unit Hal Ehwal Antarabangsa, Jabatan Penerangan selaku Sekretariat Jawatankuasa Kecil Penerangan ASEAN-COCI, meneruskan taklimat Kenali ASEAN di Sekolah Menengah Chung Hwa, Bandar Seri Begawan hari ini.

Taklimat yang berlangsung di Dewan Darussalam sekolah itu disampaikan oleh Penolong Pegawai Penerangan Unit Hal Ehwal Antarabangsa Jabatan Penerangan, Hajah Noorhijrah binti Haji Idris.

Melalui taklimat itu, pelajar didedahkan mengenai pengetahuan mengenai ASEAN, termasuklah moto ‘Satu Visi, Satu Identiti, Satu Komuniti’ dalam usaha menanamkan kesedaran dan rasa milik para pelajar sebagai satu masyarakat ASEAN.

Taklimat juga mengetengahkan maklumat mengenai Wawasan 2035 Brunei dan perkembangan negara ini di mata negara-negara serantau ASEAN.

Pelajar-pelajar Chung Hwa menghadiri taklimat kenali ASEAN.
Pelajar-pelajar Chung Hwa menghadiri taklimat kenali ASEAN.
Hajah Noorhijrah semasa taklimat mengenali ASEAN.
Hajah Noorhijrah semasa taklimat mengenali ASEAN.

Selain taklimat, para pelajar sekolah tersebut juga turut menyertai kuiz kenali ASEAN yang mana 10 daripada mereka menjawab dengan betul dan berjaya memenangi hadiah disampaikan oleh Pengetua Sekolah Menengah Chung Hwa, Dayang Kho Guik Lan.

Program ini merupakan usaha Jabatan Penerangan menyuntik semangat patriotisme dan sifat perpaduan dalam kalangan pelajar dalam sama-sama menghayati fungsi dan tujuan ASEAN ditubuhkan, dalam masa yang sama juga dalam mengukuhkan hubungan antara Jabatan Penerangan dengan masyarakat penuntut-penuntut di Negara Brunei Darussalam.

ARTIKEL YANG SAMA