Pelajar ketahui formula menarik Matematik

Pelajar ketahui formula menarik Matematik

Oleh Imelda Groves HA

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 Mei – Sekolah Rendah Sungai Siamas, Kluster 2 Brunei, semalam telah mengadakan program motivasi Matematik bagi pelajar-pelajar Tahun 3 hingga 6.

Ceramah telah dikendalikan oleh pakar motivasi Matematik khusus dalam asas Matematik yang didatangkan khas dari Malaysia, Sulaiman Syah bin Ab Rahman atau lebih dikenali dengan nama CheMan.

Menurut guru besar sekolah berkenaan, Dayang Nor Asnawati binti Haji Mohd Yassin, program ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan motivasi kepada murid-murid supaya mereka dapat membuka minda dan mempelajari formula-formula yang menarik dalam menjawab soalan Matematik terutamanya sifir.

Sifir, jelasnya, merupakan kunci kepada subjek Matematik yang merupakan masalah utama pelajar yang lemah dalam subjek ini.

Gambar ramai bersama Che Man.
Gambar ramai bersama Che Man.

Ceramah pada sebelah pagi itu turut disusuli dengan bengkel sifir bersama guru-guru Sekolah Rendah Sungai Siamas di mana Che Man berkongsi modul Gula-Gula Sifir dengan teknik mengajar dan cara terbaik untuk menarik minat pelajar menguasai sifir.

Usaha yang murni ini diharap dapat memberi manfaat dan semangat serta motivasi yang tinggi pada pelajar-pelajar bagi menghadapi peperiksaan tidak lama lagi.

ARTIKEL YANG SAMA