Pelajar Khatam Al-Quran dirai

Pelajar Khatam Al-Quran dirai

Oleh Mohamad Asyramisyanie & Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Sept – Seko-lah Ugama Rimba I, hari ini, mengadakan Majlis Khatam Al-Quran 1436H/2015M bagi seramai 47 murid-murid Darjah 6 yang berlangsung di dewan sekolah berkenaan, di sini.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Guru Besar Sekolah Rendah Rimba I, Dayang Aji binti Haji Ahmad yang dialu-alukan oleh Guru Besar Sekolah Ugama Rimba I, Hajah Salmaya binti Haji Asmat selaku pengerusi majlis.

Majlis dimulakan dengan Surah Al-Fatihah beramai-ramai yang dipimpin tetamu kehormat sebelum diteruskan dengan bacaan Khatam dari Surah Adh-Dhuha sehingga Surah Al-Masad.

Tetamu kehormat kemudiannya menabur bunga rampai dan menyampaikan sijil kepada murid-murid yang diraikan, yang terdiri daripada 20 murid lelaki dan 27 murid perempuan.

Dayang Aji (paling kiri) selaku tetamu kehormat di majlis berkenaan.
Dayang Aji (paling kiri) selaku tetamu kehormat di majlis berkenaan.
Haji Suffri Sofian ketika menabur bunga rampai kepada peserta khatam.
Haji Suffri Sofian ketika menabur bunga rampai kepada peserta khatam.
Pelajar khatam lelaki dan perempuan Sekolah Ugama Datu Mahawangsa Lambak Kawasan Brunei 11 A di majlis itu.
Pelajar khatam lelaki dan perempuan Sekolah Ugama Datu Mahawangsa Lambak Kawasan Brunei 11 A di majlis itu.
Di antara pelajar khatam perempuan Sekolah Ugama Rimba 1 yang diraikan pada majlis berkenaan.
Di antara pelajar khatam perempuan Sekolah Ugama Rimba 1 yang diraikan pada majlis berkenaan.

Bacaan Takhtim disampaikan oleh murid-murid perempuan manakala Dikir Marhaban oleh pelajar lelaki SU Rimba I.

Sementara itu, majlis yang sama juga turut diadakan di Sekolah Ugama Datu Mahawangsa Lambak Kawasan Brunei II A bagi murid Darjah 6 seramai 100 orang.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Ketua Unit Pendidikan Khas Ugama, Jabatan Pengajian Islam, Haji Suffri Sofian bin Haji Muhammad Omar yang turut mengetuai bacaan Surah Al-Fatihah diikuti bacaan ayat-ayat lazim oleh peserta khatam. Majlis antara lain bertujuan menggalakkan murid-murid dapat membaca Al-Quran dengan baik dan lancar serta memastikan mereka khatam Al-Quran sebelum menamatkan Darjah 6 persekolahan agama.

ARTIKEL YANG SAMA