Pelajar khatam dirai

Pelajar khatam dirai

Oleh Siti Nur Wasimah S & Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Sept – Bagi melahirkan rakyat celik Al-Quran khususnya para belia generasi muda masa kini, Sekolah Ugama Haji Mohd Salleh, petang tadi, telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran bagi 39 pelajar Darjah 6.

Majlis yang diadakan di dewan sekolah berkenaan telah dihadiri oleh Ketua Bahagian Sekolah-sekolah Ugama, Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Hajah Sinega binti Haji Swadi selaku tetamu kehormat majlis yang juga mengetuai bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai bagi memulakan majlis.

Majlis kemudian disusuli dengan bacaan surah-surah lazim oleh peserta khatam yang terdiri daripada 17 orang pelajar lelaki dan 22 orang pelajar perempuan, manakala itu, takhtim pula dibacakan oleh pelajar-pelajar perempuan Darjah 4 dan 5, serta doa khatam dibacakan oleh Awang Mohammad Nurasfa Nabihan Isyraf bin Haji Puspa.

Majlis diserikan lagi dengan laungan Dikir Marhaban yang disampaikan oleh pelajar-pelajar lelaki Darjah 4 dan 5, serta diserikan dengan acara merenjis minyak wangi kepada para peserta khatam oleh tetamu kehormat majlis dan para ibu bapa serta penjaga.

Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Zasia (paling kiri) di Majlis Khatam Al-Quran Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Hafizah Sururul Bolkiah.
Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Zasia (paling kiri) di Majlis Khatam Al-Quran Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Hafizah Sururul Bolkiah.
Hajah Sinega di Majlis Khatam Al-Quran Sekolah Ugama Haji Mohd Salleh mengetuai pembacaan Surah Al-Fatihah secara beramai-ramai.
Hajah Sinega di Majlis Khatam Al-Quran Sekolah Ugama Haji Mohd Salleh mengetuai pembacaan Surah Al-Fatihah secara beramai-ramai.
Para peserta Sekolah Ugama Haji Mohd Salleh yang terlibat dalam majlis khatam itu.
Para peserta Sekolah Ugama Haji Mohd Salleh yang terlibat dalam majlis khatam itu.
Di antara para peserta khatam lelaki (atas) dan perempuan (bawah) Sekolah Pengiran Anak Puteri Hafizah Sururul Bolkiah.
Di antara para peserta khatam lelaki (atas) dan perempuan (bawah) Sekolah Pengiran Anak Puteri Hafizah Sururul Bolkiah.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Antara ibu bapa dan penjaga yang hadir di majlis berkenaan.
Antara ibu bapa dan penjaga yang hadir di majlis berkenaan.

Sementara itu, majlis yang sama juga turut diadakan di Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Hafizah Sururul Bolkiah petang tadi. Majlis berlangsung di dewan serba guna sekolah berkenaan di Kampong Perpindahan Berakas.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Zasia binti Sirin yang juga berkesempatan menyampaikan sijil khatam dan merenjis minyak wangi kepada para peserta khatam.

Terlebih dahulu, bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai bagi membuka tirai majlis, dipimpin oleh Awang Muhammad Wajeeh bin Haji Abdul Rahman sebelum bacaan ayat-ayat lazim oleh 50 pelajar lelaki dan 42 pelajar perempuan yang diketuai Awang Muhammad Amir Hamzah Ad-Din bin Sofian Roslani.

Bacaan tahktim dilaungkan oleh murid-murid perempuan Darjah 5 sementara Doa Khatam dibacakan oleh wakil murid yang diraikan, Awang Muhammad Fikri bin Haji Masri, Manakala itu, doa selamat pula dibacakan oleh Awang Mohammad Roswandi bin Haji Wahap. Majlis ini juga bertujuan bagi meningkatkan lagi mutu bacaan Al-Quran murid-murid dari segi bacaan, tajwid dan fasohah.

ARTIKEL YANG SAMA