Pelajar Kumon terima anugerah

Pelajar Kumon terima anugerah

Oleh Normazlina M.D

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Ogos – Pusat Pembelajaran Kumon Diligent, kelmarin, telah mengadakan majlis penyampaian anugerah kepada pelajar-pelajar lanjutan pertamanya bertempat di Hotel Radisson.

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Timbalan Pengurus Besar Kumon Asia & Oceania, Yosuke Sagawa.

Turut hadir ialah pegawai-pegawai dan kakitangan dari Kumon Asia & Oceania, para pelajar Kumon Diligent bersama ibu bapa dan penjaga pelajar.

Pada majlis itu, anugerah-anugerah diberikan kepada pelajar-pelajar yang berjaya mengikuti pembelajaran di Kumon berdasarkan tahap gred pendidikan sekolah mereka.

Menurut Ketua Pengajar Kumon Diligent, Caley Lim, para pelajar di bawah Kumon Diligent ini telah berjaya menunjukkan komitmen, ketabahan dan membina keyakinan mereka dalam menguasai masalah Matematik dan latihan Bahasa Inggeris mereka dengan baik.

Yosuke Sagawa bergambar ramai bersama pelajar Pusat Pembelajaran Kumon Diligent.
Yosuke Sagawa bergambar ramai bersama pelajar Pusat Pembelajaran Kumon Diligent.

Dengan pencapaian ini, tambahnya, pelajar mula menyedari bahawa mereka telah mampu mencapainya dengan lebih baik.

Caley Lim juga mengatakan bahawa majlis yang diadakan ini adalah bersempena bagi memperingati Hari Ulang Tahun Pertama Kumon Diligent di negara ini dan diharap Kumon Diligent akan dapat melangkah ke hadapan serta lebih dikenali orang ramai.

Sejak setahun penubuhannya, Kumon Diligent telah menyaksikan 200 orang pelajar belajar di Kumon dan pada Jun 2016, 33 peratus daripada pelajar telah mendaftar untuk mengikuti pembelajaran selama tujuh bulan atau selebihnya mengikuti tahap gred sekolah mereka.

Kumon merupakan program yang ditawarkan kepada pelajar-pelajar dari pra-sekolah hingga ke peringkat universiti untuk aktif dalam membangunkan kemahiran pembelajaran mereka tersendiri dan bukannya pasif yang hanya menerima arahan daripada tenaga pengajar.

Pelajar-pelajar di bawah pusat ini akan belajar secara bebas mengikut tahap pendidikan sesuai dengan kemampuan mereka, dan pelajar akan mendapat keyakinan dan pengetahuan untuk menyelesaikan masalah pelajaran mereka yang mencabar.

Kumon Diligent yang menggunakan kaedah pembelajaran kendiri secara perseorangan telah berkesan meningkatkan kemahiran jutaan pelajar di seluruh dunia di samping memaksimumkan potensi mereka, dan mendidik mereka menjadi pelajar yang berkebolehan.

Ibu bapa dan orang ramai yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Kumon Diligent, ia dibukakan pada Isnin, Selasa, Jumaat dan Sabtu di Unit 31, Tingkat Bawah, BT Complex, Kampung Jaya Setia, atau hubungi melalui talian 7193231 atau e-mel ke kumondiligent@outlook.com.

ARTIKEL YANG SAMA