Pelajar LCB hulur sumbangan kepada Pusat KACA

Pelajar LCB hulur sumbangan kepada Pusat KACA

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Nov – Sekumpulan pelajar Kolej Perniagaan Laksamana (LCB) telah membantu komuniti berkeperluan khas dengan menyumbangkan wang tunai berjumlah $530 kepada Persatuan Kanak-kanak Cacat (KACA), baru-baru ini.

Sumbangan telah disampaikan kepada Pengarah Urusan KACA, Haji Abdul Alim bin Haji Othman yang telah menyatakan penghargaannya bagi bantuan daripada para pelajar berkenaan.

Menurut salah seorang pelajar, Chong Ji Woei, sumbangan berkenaan adalah hasil daripada jualan jaket bertopi LCB menerusi acara beberapa bulan sebelumnya dan sumbangan individu.

Para pelajar ketika menyerahkan sumbangan kepada Haji Abdul Alim.
Para pelajar ketika menyerahkan sumbangan kepada Haji Abdul Alim.

“Kami telah merancang untuk menyumbangkan semua keuntungan kepada persatuan berkeperluan khas kerana kami percaya mereka memerlukan bantuan kewangan serta menyumbang kepada masyarakat,” tambahnya.

Beliau turut melahirkan harapan untuk mengadakan lebih banyak aktiviti seumpamanya untuk membantu masyarakat setempat.

ARTIKEL YANG SAMA